Roti John

In Makanan 69 views
Roti John,5 / 5 ( 1votes )

Roti John

Bahan Inti Daging atau Ayam
2 cawan daging cincang
2 ulas bawang merah, cincang
4 ulas bawang putih, cincang
3 sudu besar rempah kari daging
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih

Penyediaan :

  1. Bancuh rempah kari, jintan manis dan jintan putih dgn sedikit air, kacau rata.
  2. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang merah dan putih hingga keperangan.
  3. Masukkan bancuhan rempah tadi, kacau sebentar hingga rata.
  4. Masukkan daging dan kacau hingga daging berubah warna.
  5. Tambah air paras daging dan masak dgn api sederhana hingga air hampir kering.
  6. Perasakan dgn gula dan garam secukup rasa, boleh tambah 1/2 ketul kiub ayam jika suka.
  7. Kacau hingga daging lembut dan masak, biar berkuah sedikit dan tak terlalu kering.

Bahan-bahan
Roti panjang atau roti sosej bujur, belah tengah jangan putus
Mentega atau marjerin utk sapuan
Bawang merah cincang halus
Daun bawang, hiris halus
2 biji telur
Inti daging atau ayam
Kepingan keju jika suka
Hirisan daun salad, tomato, timun dan kobis

Penyediaan :

  1. Pecahkan telur ke dlm mangkuk, masukkan 4 sudu besar inti daging, sedikit bawang cincang dan daun bawang,  Kocok hingga sebati.
  2. Panaskan kuali leper, sapu marjerin di atas belahan roti dan masa sebentar hingga permukaannya sedikit garing,  Angkat dan letak di dlm pingan,
  3. Sementara itu, letak sedikit marjerin di atas kuali, tuang bancuhan telur tadi, biarkan sebentar dlm 1 minit.
  4. Telekupkan roti ke atas telur yg hampir kering tadi, tekan-tekan sedikit dan biarkan hingga telur masak.  Sapu sedikit marjerin di atasnya.
  5. Terbalikkan roti ke atas, biarkan sebentar dan angkat.
  6. Letak kepingan keju ketika masih panas jika suka dan hirisan salad spt kobis, timun dan tomato.
  7. Picit sos cili, mayonis dan tabur sedikit serbuk lada hitam.
Roti John

Tags: #John #Roti

author
Author: 
    RESEPI CHAR KUE TEOW MUDAH DAN SEDAP
    RESEPI CHAR KUE TEOW MUDAH DAN SEDAP
    RESEPI CHAR KUE TEOW MUDAH DAN SEDAP
    RESEPI NASI TOMATO
    RESEPI NASI TOMATO
    RESEPI NASI TOMATO BAHAN NASI 4 cawan
    Swissroll Cinta Hati
    Swissroll Cinta Hati
    Swissroll Cinta Hati Bahan Adunan Hati85 gm
    Cucur Spiral Spaghetti
    Cucur Spiral Spaghetti
    Cucur Spiral SpaghettiBahan-bahan100 gm spiral spaghetti San

    Leave a reply "Roti John"

    Must read×

    Top