Review : Kung Fu Yoga dan Gantz 0 [Movie]

In Terkini 118 views
jackie chan
Kung Fu Yoga movie poster

Kung Fu Yoga – is huge step down. [1/5]
Memang tak puas hati macam mana filem ini boleh box office gila-gila kat Malaysia. Bila berjaya tengok, memang tak puas hati. haha. Serius tak best dan aku asyik terfikir kenapa Jackie Chan terima projek ini. Filem Jackie Chan memang belum pernah buat aku kecewa dr zaman police story hinggalah yg terbaru skiptrace, sekurangnya we have a good action kalau storyline ke laut. Tetapi filem Kung Fu Yoga, serius memang huge step down. 

Aksi dihancurkan dgn CGI yg melampau dan nampak sangat tak logik. Banyak scene-scene yg tak perlu, karektor-karektor sampingan takde chemistry lagi-lagi watak puteri [lakonan Disha Patani] dgn Jackie Chan. Watak sampingan pun terlalu berserabut, sekejap ada – sekejap takde. Macam chipsmore dah!
Kesimpulannya, memang betul-betul kurang dr segala segi. Sangat tak direkomen utk ditonton, mungkin boleh tengok sekali sahaja dan terus delete dr ingatan. Jackie Chan worst movie ever!
kato
Gantz O movie poster
Gantz : O – Salah satu filem animasi 3D terbaik. [4/5]
Adaptasi filem terbaik utk siri Gantz. Bukannya filem stand-alone. Kalau ini first time korang dengar tentang Gantz, memang akan confuse dgn filem ini sebab takde penerangan langsung, terus aksi! aksi! dan aksi! Ada sedikit drama / romantik moment. Just pass through that! haha.
Filem kali ini fokus kpd watak Kato, seorang pelajar sekolah yg membesarkan adiknya seorang diri ditikam oleh seorang lelaki di sebuah stesen kereta api apabila cuba menyelamatkan seorang warga tua yg turut ditikam. Kato kemudian dibangkitkan di dlm sebuah bilik bersama dgn survivor lain dan terpaksa turut serta dlm survival game. Survivor lain yg kita telah diperkenal watak mereka dlm manga antaranya watak Reika dan Nishi.
Kali ini mereka dihantar ke Osaka [biasanya mereka berlawan di Tokyo] di mana mereka bertemu dgn team Osaka. Bermula dr situ, watak baru diperkenalkan [mungkin ada dlm manga, tetapi aku tak baca habis pun manga] dan aksi melawan alien bermula. Alien kali ini memang dasyat dan mempunyai kekuatan yg berbeza. Boss paling besar memang power hingga pemain terbaik Osaka pun tewas. 
Animasi utk filem kali ini memang terbaik. A must see action 3D animation movie! Macam biasa, teknologi yg digunakan utk melawan alien memang buat tergamam, cool habis! Lagi-lagi karektor Oka. Its the best things about Gantz. Aku memang rekemen utk tonton lagi-lagi mereka yg tahu serba sedikit mengenai dunia manga Gantz.

Carian Berkaitan

gantz o penerangan

Tags: #Gantz #Kung #Movie #Review #Yoga

author
Author: 
    Drama Aku Di Sisimu (TV1)
    Drama Aku Di Sisimu (TV1)
    RMT akan menyiarkan drama bersiri Aku Di
    Drama Monalisa (Astro Prima)
    Drama Monalisa (Astro Prima)
    Nantikan drama bersiri Mona Lisa adaptasi drpada
    Sinopsis Drama Mandatori
    Sinopsis Drama Mandatori
    Tajuk : Mandatori Mula Tayangan : 14
    Drama Tiada Arah Jodoh Kita (TV3)
    Drama Tiada Arah Jodoh Kita (TV3)
    Nantikan drama adapatasi novel Tiada Arah Jodoh

    Leave a reply "Review : Kung Fu Yoga dan Gantz 0 [Movie]"

    Must read×

    Top