Review : Headshot dan Sing [Movie]

In Terkini 107 views
Poster filem Headshot 2016

Jalan cerita cliche tetapi aksi terbaik [3/5]

Jalan cerita ini memang kamu boleh expect dr awal lagi. haha. Memang takde twist yg buat korang rasa mind blowing. Mengisahkan Ishmael yg hilang ingatan setelah ditemui di tepi pantai oleh seorang pakcik. Dari situ bermula hidup baru Ishmael, namun tak lama apabila kehidupan lampau dia yg sbg penjenayah dikehendaki kembali menghantui.

Walaupun jalan cerita kurang, aksi yg ditonjolkan dr awal sampai akhir memang terbaik. Paling suka, masa fist fight dan setiap orang ada aksi atau kelebihan senjata tersendiri. Efek darah macam filem Iko Uwais yg lain, memang merecit-recit dan adalah dilarang sama sekali utk makan sewaktu menonton filem ini kalau jenis perut tak kuat. Memang gila

Satu kelemahan filem ini, setiap watak kurang dikembangkan dan takde trademark yg menonjol. Kamera pun nampak banyak bergoyang. Still, aksi filem ini memang tak menghampakan dan fight scene last antara Ishmael atau Abdi dgn Lee memang best. Thumbs up!  Kalau peminat filem aksi atau martial arts, memang patut tonton filem Headshot ini.
Sing Poster 2016.
Not the best! But still enjoyable [3/5]
Sing merupakan sebuah animasi muzikal dan ianya adalah sangat menghiburkan. Mungkin disebabkan limited knowledge mengenai muzik yg dimainkan buat aku kurang terhibur, tetapi still its enjoyable to watch dan sangat sesuai utk kanak-kanak. Berbanding Sing, aku lebih sukakan Frozen atau Zootopia. Tapi Sing masih merupakan filem yg menghiburkan.
Jalan cerita yg agak cliche, mengisahkan seorang [atau seekor?] koala yg cuba menyelamatkan teater yg dibeli ayahnya dr disita pihak bank – dia mengadakan satu pertandingan nyanyian bg mencari bakat utk next performance which he think will be huge. Jadi, bermula lah pertemuan Koala dgn makhluk-makhluk lain yg boleh menyanyi tetapi ada sisi dan cerita hidup yg berbeza. Namun, mereka semua mempunyai satu matlamat yg sama.
Dari segi animasi memang superb dan selebriti yg dipilih utk alih suara juga spot on!

Tags: #Headshot #Movie #Review #Sing

author
Author: 
    Drama Aku Di Sisimu (TV1)
    Drama Aku Di Sisimu (TV1)
    RMT akan menyiarkan drama bersiri Aku Di
    Drama Monalisa (Astro Prima)
    Drama Monalisa (Astro Prima)
    Nantikan drama bersiri Mona Lisa adaptasi drpada
    Sinopsis Drama Mandatori
    Sinopsis Drama Mandatori
    Tajuk : Mandatori Mula Tayangan : 14
    Drama Tiada Arah Jodoh Kita (TV3)
    Drama Tiada Arah Jodoh Kita (TV3)
    Nantikan drama adapatasi novel Tiada Arah Jodoh

    Leave a reply "Review : Headshot dan Sing [Movie]"

    Must read×

    Top