RESEPI TELUR BISTIK

In Makanan 73 views

RESEPI TELUR BISTIK

Bahan-bahan:

3 biji telur
Ayam/daging – potong dadu
1/2 biji bawang merah besar – hiris
1 biji bawang merah kecil – cincang halus
2 biji bawang putih – cincang halus
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
Sayur campuran (@ lobak merah dan kacang panjang – potong dadu)
Gula dan garam secukupnya

CARA-CARA MEMBUATNYA

1-Pukul telur bersama bawang yg dihiris dan sedikit isi ayam (tinggalkan sedikit ayam utk masak kuah).

2-Tambahkan sedikit garam.

3-Goreng telur hingga garing. Angkat dan letak di dlm pinggan besar.

4-Tumiskan bawang merah kecil dan bawang putih yg dicincang halus hingga naik bau.

5-Masukkan isi ayam. Gaul sebentar hingga ayam separuh masak.

6-Masukkan pula kesemua sos. Tambah sedikit air kalau nak lebih kuah.

7-Perasakan dgn garam dan gula secukupnya.

8-Masukkan sayur campuran. Kacau sebentar. Sayur jangan terlalu layu.

9-Setelah kuah masak, tuangkan kuah ke atas telur yg di goreng tadi.

Siap dah.. Hidangkan semasa panas. Dah tak perlu lauk lain lagi dah.

CREDIT : buatoranglapo

Tags: #BISTIK #RESEPI #Telur

author
Author: 
    RESEPI TOMYAM SANTAN THAI
    RESEPI TOMYAM SANTAN THAI
    RESEPI TOMYAM SANTAN THAI BAHAN-BAHAN 600 gm
    RESEPI  JAPANESE MOCHI – FRUIT AND CREAM FILLING
    RESEPI  JAPANESE MOCHI – FRUIT AND CREAM FILLING
    RESEPI  JAPANESE MOCHI – FRUIT AND CREAM
    RESEPI CUCUR MILO
    RESEPI CUCUR MILO
    RESEPI CUCUR MILO BAHAN-BAHAN 2 cawan tepung
    RESEPI KEK SARANG SEMUT PALING SEDAP
    RESEPI KEK SARANG SEMUT PALING SEDAP
    RESEPI KEK SARANG SEMUT PALING SEDAP Bahan

    Leave a reply "RESEPI TELUR BISTIK"

    Must read×

    Top