RESEPI SATAY IKAN/LOKCING HOMEMADE

In Makanan 28 views

RESEPI SATAY IKAN/LOKCING HOMEMADE

BAHAN-BAHAN

6 ekor ikan selayang( saiz besar)
1 cawan tepung ubi
1sudu kecil soda bikarbonat
Garam secukup rasa
Ajinomoto (ikut pilihan)
Bawang besar 1 biji.

CARA-CARA MEMBUATNYA

1.Blend isi ikan yg dibuang tulang dgn bawang besar letak sedikit garam dan ajinomoto sampai lumat.

2. Masukkan adunan yg diblend ke dlm mangkuk. Masukkan tepung ubi yg di campur dgn soda bikarbonat. Masuk kan sedikit demi sedikit dan uli hingga adunan tak melekat ditangan.( kalo adunan masih melekat boleh tambah sedikit tepung ubi lagi hingga adunan tak melekat ditangan).

3. Gentel adunan menjadi bulat kecil.

4. Goreng sekejap dgn api yg sederhana. Angkat dan toskan.

5. Cucuk pd lidi satay dan bakar sedikit. Siap. Boleh makan dgn sos manis/ pedas.

RESEPI SOS SATAY

Cili kering 5 tangkai
2 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
6 sudu gula ( ikut suka )
Tepung ubi 5 sudu.
Air 3 cawan
Pewarna merah.
Garam

CARA – CARA MEMBUAT SOS

1.Blend bawang merah, bawng putih, gula ,garam dan cili kering.

2. Masukkan bahan blend dlm periuk .
Masak kt atas dapur api kecil.

3. Bancuh 5 sudu tepung ubi dgn 3 cawan air dan letakkan sedikit pewarna merah

4. Masukkan tepung yg dibancuh ke dlm periuk tadi. Kacau hingga sos menjadi pekat dan warna berkilat. Perasakan manis/ masin ikut kesukaan masing2

5.Siap

Kredit Resepi : Siti Hajar Ibu Sara

Tags: #HOMEMADE #IKAN/LOKCING #RESEPI #Satay

author
Author: 
    Serabai Serawa Durian
    Serabai Serawa Durian
    Serabai Serawa Durian Bahan-bahan250gm tepung beras150gm nasi
    Kaswi Durian
    Kaswi Durian
    Kaswi Durian By Kak Wan @ Resipicitarasawan Bahan-bahan300gm isi
    Sambal Kuinin
    Sambal Kuinin
    Sambal KuininBahan-bahan2 biji buah kuini setengah masak2
    RESEPI SAMBAL TOTOK #RRTS
    RESEPI SAMBAL TOTOK #RRTS
    RESEPI SAMBAL TOTOK #RRTS BAHAN-BAHAN ikan bilis

    Leave a reply "RESEPI SATAY IKAN/LOKCING HOMEMADE"

    Must read×

    Top