RESEPI ROTI SARANG LEBAH BY NOY YULLAN

In Makanan 31 views

RESEPI ROTI SARANG LEBAH BY NOY YULLAN

BAHAN A

1 cawan air suam
3 sudu besar gula
1 sudu besar susu pekat
3 sudu kecil yis (1 bungkus/11gm)

BAHAN B

1 biji telur
3 cawan tepung roti/high protein flour
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar mentega

BAHAN B

* 1 biji kuning telur
* 1/4 cawan susu segar kotak atau bancuh
(Satukan dan kocak rata)
Kuaci
Almond flakes
Bijan
Sos Butterscotch
2 cawan gula perang
2 cawan susu cair atau susu segar kotak
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar mentega

(Dengan api sederhana, cairkan gula hingga menjadi karamel. Satukan susu, esen vanila, dan tepung gandum. Kocak rata. Tapis dan masukkan campuran susu tadi perlahan-lahan. Kacau. Masukkan mentega. Kacau lagi. Apabila agak pekat, tutup api.)

CARA-CARA MEMBUATNYA

1. Satukan bahan A. Rehatkan sekitar 10 minit atau hingga berbuih. Jika tak berbuih, maknanya yis sudah mati atau tak aktif.

2. Satukan bahan B. Masukkan bahan A sedikit demi sedikit sambil diuli. Tambah air mengikut keperluan doh.

3. Uli doh hingga doh tak melekat di tangan dan mangkuk mixer.

4. Sapukan tepung pd tangan. Bulatkan doh. Letak di dlm bekas yg disapu mentega atau minyak. Tutup permukaan bekas. Rehatkan doh sekitar 30-40 minit atau hingga doh naik berganda. Jika cuaca panas, doh cepat naik.

5. Tekan doh bg membuang udara dlm doh.

6. Sapu loyang dgn mentega atau minyak. Bahagi dan timbang doh mengikut saiz yg diingini. (Saya buat 24gm). Susun doh. Jangan terlalu rapat kerana doh akan naik sekali lagi.

7. Tutup permukaan loyang dgn plastic wrap. Rehatkan lagi sekitar 30 minit.

8. Sapu atau sembur permukaan doh roti dgn bancuhan susu dan kuning telur.

9. Tabur kuaci, bijan, dan almond flakes.

10. Panaskan oven dgn suhu 170’C api atas bawah terlebih dahulu. Bakar doh sekitar 20 minit. (Nota: Suhu dan masa membakar roti bergantung pd oven masing-masing, ya).

11. Apabila roti masak, sapu permukaan roti dgn mentega ketika roti masih panas (jika suka). Tuang sos butterscotch dan sedia dimakan.

Selamat mencuba 😊.

Tags: #LEBAH #RESEPI #Roti #SARANG #YULLAN

author
Author: 
    RESEPI OREO CHEESECAKE TANPA BAKAR
    RESEPI OREO CHEESECAKE TANPA BAKAR
    RESEPI OREO CHEESECAKE TANPA BAKAR BAHAN-BAHAN: 36
    RESEPI BISKUT MAKMUR
    RESEPI BISKUT MAKMUR
    RESIPI BISKUT MAKMUR BAHAN-BAHAN *4cawan tepung gandum*1
    RESEPI PERAP AYAM BAKAR
    RESEPI PERAP AYAM BAKAR
    RESEPI PERAP AYAM BAKAR BAHAN-BAHAN 1 ekor
    RESEPI KEK KUKUS PANDAN
    RESEPI KEK KUKUS PANDAN
    RESEPI KEK KUKUS PANDAN BAHAN-BAHAN 1 cawan

    Leave a reply "RESEPI ROTI SARANG LEBAH BY NOY YULLAN"

    Must read×

    Top