Resepi Ketam Telur Masin Sedap Mudah Dan Cepat

by -14 views
KetamBTelurBMasin - Resepi Ketam Telur Masin Sedap Mudah Dan Cepat

Assalamualaikum…
Bagi sesiapa yg dah merasa keenakan Ketam Telur Masin pasti jatuh cinta dgn rasanya yg lemak lemak masin tu…Memang terasa ralit sungguh ‘mengerjakan’ si Mr.crab tu.Tambahan kalau yg homemade kita blh letak telur asin semewah yg kita suka.Memang puas hati.Selalunya kalau pergi ke market dan nampak ketam yg masih fresh dan harga yg berpatutan memang saya akan beli tapi cuma sekali sekala sahaja kerana en.suami tak mkn seafood ni.Kalau buat lauk seafood/ketam wajib ada lauk sampingan yg lain Ikan atau ayam.Kiranya memang tak sudah dgn lauk ketam sahaja hahaaa….
Okey la utk resepi Ketam telur asin ni saya sediakan video tutorial.Dah publish ke youtube LiNa Pg minggu lepas lagi.Cuma tunggu turn utk post ke blog jer.So, korang yg masih belum subscribe tu kena subscribe cepat cepat dan turn ON notification supaya dapat info bila ada video terbaru.

Cara Buat Ketam Telur Masin, Resepi Ketam Telur Masin, Ketam Telur Asin, Video Tutorial Ketam Telur Masin, Youtube Ketam Telur Masin, Salted Egg Crab
 Sebenarnya telur masin ni agak banyak, tapi bila nak photoshoot saya cuma ceduk sedikit sahaja sebab kalau banyak nanti ketamnya tak nampak dan gambar tak cunnn

KETAM TELUR MASIN
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
https://www.youtube.com/watch?v=HVXGM2tuDTM
Bahan-Bahan:  
3 ekor Ketam  (potong 2) 


1 sudu besar butter 
3 biji Bawang Putih dicincang  
6 btg cili padi dipotong (ikut kepedasan)  
2 tangkai Daun kari  
4 biji telur masin siap rebus (ambil kuning+1putih) 
1/4 cawan susu cair 
Garam dan kunyit 
1/2 kiub ayam  (jika perlu) 
Minyak masak  

Caranya  

  1. Ketam dilumur dgn garam kunyit dan goreng secara deep fry.Ketepikan.
  2. Keluarkan minyak gorengan ketam (tinggal sedikit anggaran 2 sudu utk menumis). Masukkan butter ,kemudian tumis bawang putih, cili padi, daun kari, dan telur masin. Kacau-kacau sehingga berbuih.  
  3. Kemudian masukkan susu cair. Kacau dan kacau lagi biar semuanya sebati. Tunggu sehingga kuah memekat.Sesuaikan (LiNa Pg masukkan 1/2 kiub ayam sahaja) 
  4. Masukkan ketam yg telah digoreng tadi. Balik-balikkan biar sehingga kuahnya mesra, bersalut dan sebati dgn ketam. 
  5. Boleh tutup api dan siap utk dihidang! 
  6. Untuk video tutorial youtube LiNa Pg sila click link di bawah

https://www.youtube.com/watch?v=HVXGM2tuDTM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *