RESEPI KEK COKELAT LAVA VIRAL

In Makanan 63 views

RESEPI KEK COKELAT LAVA VIRAL

Bahan Pertama:

Satu (1) cawan serbuk koko
Satu (1) cawan gula pasir
Satu (1) cawan susu cair
Satu (1) cawan minyak masak atau marjerin dicairkan
Setengah (1/2) cawan susu pekat manis

Bahan Kedua:

Satu (1) dan suku (1/4) cawan tepung gandum
Satu (1) sudu serbuk penaik
Satu (1) sudu soda bikarbonat
Empat (4) biji telur
Satu (1) sudu esen perisa vanila

Cara-Cara Menyediakan Kek Coklat:

Campuran pertama:

Campuradukkan semua bahan-bahan pertama iaitu gula, susu cair, susu pekat manis, marjerin ke dlm kuali. Masak semua bahan itu hingga larut cair mengguna api kecil dan dlm keadaan perlahan supaya ia larut dgn sekatanya.

Campuran kedua:

Campuradukkan dan ayak bahan kedua iaitu tepung gandum, serbuk koko , serbuk penaik dan soda bikarbonat dgn sekata.

Kek Coklat Moist 2

Kemudian, ambil 4 telur yg disediakan tadi utk dipukul. Pukul telur itu hingga kembang. Lebih kurang 5 minit macam itu la pukul telur.

Campuran Ketiga:

️Masukkan campuran pertama tadi dgn telur yg telah dipukul kembang. Pastikan anda campurkannya dgn sekata.
Kemudian, masukkan campuran kedua tadi dgn campuran ketiga. Campurkan campuran kedua sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati dan sekata. Pastikan anda campurkannya dgn sekata dan tak berketul-ketul.

Kemudian masukkan sedikit demi sedikit campuran tepung gandum, serbuk koko,baking powder dan soda bikarbonat. Adun dan kacau hingga sebati dan tak berketul-ketul.

Sediakan pengukus dan sapu marjerin pd loyang. Masukkan adunan atau campuran kek coklat moist anda ke dlm loyang.
Pastikan air sudah mendidih baru masukkan loyang yg mengandungi adunan kek coklat moist anda tadi.

Tutup loyang anda dgn aluminium foil, ini adalah utk memastikan wap air tak kena kek anda semasa mengukus.
Kemudian, kukus kek coklat moist selama 1 jam

Sementara menunggu kek anda dimasak, anda boleh lah mengambil masa ini utk menyediakan topping utk kek anda atau dikenali sbg ganache. Terdapat banyak cara dan kaedah utk menyediakan ganache ini.

Cara-Cara Menyediakan Ganache

Cara Pertama:

Bahan:

Setengah (1/2) cawan susu pekat manis
Dua (2) sudu besar serbuk koko
Dua (2) sudu besar mentega

Cara:

Masukkan susu dan serbuk koko dlm periuk(api kecil) dan kacau hingga pekat
Kemudian masukkan mentega  dan tutup api
Tunggu hingga sejuk dan siram ke kek coklat moist anda.

Cara Kedua:

Bahan:

Setengah (1/2) bar coklat yg sudah di cair dan masak
Dua (2) sudu besar susu pekat manis
Satu (1) sudu mentega atau majerin
Satu pertiga (1/3) cawan susu segar

Cara:

Masakkan atas api guna kaedah Double boiler
Jika hendakkan coklat itu pekat, jangan letak susu segar.

Tunggu hingga sejuk dan siram ke kek coklat moist anda.

Kek Coklat Lava anda sudah siap utk dihidang. Kek anda sedia utk dinikmati seisi keluarga.

Tags: #COKELAT #LAVA #RESEPI #Viral

author
Author: 
    RESEPI TOMYAM SANTAN THAI
    RESEPI TOMYAM SANTAN THAI
    RESEPI TOMYAM SANTAN THAI BAHAN-BAHAN 600 gm
    RESEPI  JAPANESE MOCHI – FRUIT AND CREAM FILLING
    RESEPI  JAPANESE MOCHI – FRUIT AND CREAM FILLING
    RESEPI  JAPANESE MOCHI – FRUIT AND CREAM
    RESEPI CUCUR MILO
    RESEPI CUCUR MILO
    RESEPI CUCUR MILO BAHAN-BAHAN 2 cawan tepung
    RESEPI KEK SARANG SEMUT PALING SEDAP
    RESEPI KEK SARANG SEMUT PALING SEDAP
    RESEPI KEK SARANG SEMUT PALING SEDAP Bahan

    Leave a reply "RESEPI KEK COKELAT LAVA VIRAL"

    Must read×

    Top