RESEPI GRILL CHICKEN CHOP

In Makanan 150 views

 RESEPI GRILL CHICKEN CHOP
 
BAHAN – BAHAN
 
BAHAN – BAHAN UNTULK GRILL CHICKEN

4 keping whole leg (debone/tanpa tulang)
1/2 kiub ayam
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
3 ulas bawang putih – tumbuk kasar
1cm halia – tumbuk kasar
Lada hitam, lada sulah
Sedikit olive oil

BAHAN – BAHAN UNTUK MASHED POTATOES

3 biji kentang besar
2 sudu besar mentega
1/4 cawan susu segar
Serbuk Lada hitam kasar

 

BAHAN UNTUK COLESLOW

3/4 kobis putih – dihiris halus
1/2 kobis merah/purple – dihiris halus
1 lobak merah – dihiris halus
1 bawang merah – dimayang halus
1 sudu makan gula
1 botol mayonis coleslow brand lady’s choice
Jus perahan 1/2 biji lemon

 

BAHAN UNTUK SOS

1 biji bawang besar holland – dicincang halus
4 sudu besar tepung gandum
1 kiub ayam
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis – utk gelapkan sos
4 sudu besar sos lada hitam
2 sudu besar lada hitam ditumbuk kasar
air yg mencukupi
Sedikit oregano kering
2 sudu besar mentega

CARA – CARA MEMASAK

 

CARA MENYEDIAKAN GRILL AYAM

1. Bersihkan ayam dan lap hingga kering.

3. Cucuk sedikit bahagian yg ada isi dgn garfu/pisau supaya bahan perapan meresap ke dlm ayam.

4. Lumurkan kepingan ayam dgn kiub ayam, lada hitam dan lada sulah.

5. Gaulkan pula dgn sos tiram dan kicap manis.

6. Akhir sekali gaulkan ayam dgn bahan tumbuk.

7. Letakkan sedikit olive oil supaya ayam tak kering.

8. Perap ayam sekurang2nya selama 1 jam. Kalau nak lagi best perap semalaman.

9. Bakar daging hingga masak gunakan api kecil supaya daging masak sekata dan tak hangus.

 

CARA MENYEDIAKAN MASHED POTATOES

1. Kupaskan kentang dan potong dadu kecil.

2. Rebus kentang bersama secubit garam hingga empuk.

3. Bila empuk, toskan air. Terus lenyek kentang dlm keadaan kentang masih panas.

4. Masukkan susu segar sedikit demi sedikit dan mentega. Gaulkan hingga rata.

5. Persakan dgn garam. Tambakan lada sulah dan lada hitam jika suka.


 
CARA – CARA MENYEDIAKAN COLESLOW

1. Campurkan gula, jus perahan lemon dan mayonis dlm mangkuk dan kacau hingga gula cair.

2. Masukkan mayonis dan gaulkan hingga sebati.

3. Perasakan, tambahkan perasa yg patut. kemudian, simpan dlm peti ais.

CARA MENYEDIAKAN SOS BLACK PAPER

1. Cairkan mentega ke dlm periuk, tumiskan bawang besar hingga layu dan wangi.

2. Masukkan lada hitam yg ditumbuk kasar, tumis sekejap.

3. Masukkan air dan kacau hingga sebati.

4. Kemudian,masukkan pula kiub ayam, sos lada hitam, sos tiram dan kicap. Kacau lagi.

5. Kalau nampak pekat sangat boleh tambahkan sedikit air. Masukkan oregano. Didihkan.

6. Sesuaikan rasa. Kalau nak lebih gelap tambah sukatan kicap.

 

CARA HIDANGAN

1. Hidangkan grill chicken bersama mashed potato, fried fries, coleslow, tuangkan sos black pepper ke atas ayam.

 
 
 Sumber
 
 
AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

Tags: #Chicken #Chop #GRILL #RESEPI

author
Author: 
    RESEPI OREO CHEESECAKE TANPA BAKAR
    RESEPI OREO CHEESECAKE TANPA BAKAR
    RESEPI OREO CHEESECAKE TANPA BAKAR BAHAN-BAHAN: 36
    RESEPI BISKUT MAKMUR
    RESEPI BISKUT MAKMUR
    RESIPI BISKUT MAKMUR BAHAN-BAHAN *4cawan tepung gandum*1
    RESEPI PERAP AYAM BAKAR
    RESEPI PERAP AYAM BAKAR
    RESEPI PERAP AYAM BAKAR BAHAN-BAHAN 1 ekor
    RESEPI KEK KUKUS PANDAN
    RESEPI KEK KUKUS PANDAN
    RESEPI KEK KUKUS PANDAN BAHAN-BAHAN 1 cawan

    Leave a reply "RESEPI GRILL CHICKEN CHOP"

    Must read×

    Top