Resepi Cheesy Wedges Ala KFC

In Terkini 204 views
LAMA betul Lokman tak kongsikan resepi kpd pengunjung setia blog ini. Malam ini saya akan kongsikan satu resepi iaitu ‘Resepi Cheesy Wedges Ala KFC’ khas utk anda. Mudah saja sebenarnya nak buat resepi ini! Jom lihat resepi dibawah!

Resepi Cheesy Wedges Ala KFC

Resepi Cheesy Wedges Ala KFC

Bahan Potato Wedges:
-Kentang
-Garam
-Tepung Gandum
-Pati Ayam
-Serbuk Lada Hitam

Bahan Sos Cheesy:
-250ml susu segar/susu cair
-2 sudu tepung gandum
-1 kiub pati ayam
-4 keping cheesedale
-Sedikit serbuk lada hitam/putih
-3 Atau 4 sudu butter
-Sedikit pewarna kuning

Cara Membuat:

1-Rebus kentang dlm air panas selama 2 minit. Potong kentang berbentuk wedges spt potongan kentang KFC.

2.Kemudian, angkat dan toskan kentang yg telah direbus tadi. Biarkan sejuk seketika. Kemudian, gaulkan garam dan pati ayam bersama kentang. Selepas itu, salut kentang dgn tepung gandum dan lada hitam.

3. Panaskan minyak dlm kuali. Goreng wedges tadi dlm kuali hingga warna agak keperangan dan angkat.

4. Sementara itu, buatkan sos cheesy pula. Panaskan butter hingga cair, masukkan susu, tepung gandum, dan kacau sentiasa hingga tepung sebati. Masukkan pula kepingan chesse, kiub pati ayam dan serbuk lada. Kacau sebati hingga masak. Pastikan sos jangan terlalu pekat atau terlalu cair.

5. Selepas itu, hidangkan potato wedges tadi dgn sos cheesy bersama dgn mayonis.

Selamat mencuba di rumah!

Tags: #Cheesy #RESEPI #Wedges

author
Author: 
    Drama Dia Anak Jeneral (TV2)
    Drama Dia Anak Jeneral (TV2)
    Drama bersiri ‘Dia Anak Jeneral’ yg diadaptasi
    Pok Ya Cong Codei (Astro Citra)
    Pok Ya Cong Codei (Astro Citra)
    Jangan ketinggalan utk menyaksikan telefilem bertajuk Pok

    Leave a reply "Resepi Cheesy Wedges Ala KFC"

    Must read×

    Top