RESEPI AYAM MASAK LEMAK CILI PADI

In Makanan 65 views

RESEPI AYAM MASAK LEMAK CILI PADI

BAHAN-BAHANNYA

4-5 ketul ayam
250 ml santan pekat – atau 1 kotak santan – Bahagi 2 bahagian, 1/2 utk dicampur air. 1/2 dijadikan pati santan pekat
2 helai daun kunyit – dicarik carik
2 biji Kentang dipotong memanjang
1-2 batang Serai diketuk
1/2 Kiub ayam (jika suka)
garam secukupnya
Air secukupnya – dlm 1 cawan setengah ke 2 cawan

Bahan ditumbuk:

1-2 inci kunyit hidup
5-6 biji cili padi merah – supaya warna kuah cantik
2 ulas bawang merah

CARA – CARA MEMASAKNYA

1. Dalam periuk atau kuali rebus kentang hingga separuh masak. Angkat dan ketepikan. Buang air rebusan tu.

2. Dalam periuk yg sama, masukkan bahan tumbuk dan santan yg cair. Kalau pakai santan kotak masukkan setengah kotak dan tambah air secukupnya. Masukkan ayam, daun kunyit dan serai serta kiub ayam. Didihkan hingga ayam masak dgn api perlahan supaya santan tak pecah.

3. Setelah ayam masak, masukkan kentang yg direbus setengah masak tadi, dan masak hingga kentang lembut dan empuk. Rasa garamnya

4. Akhir sekali tuang santan pekat kedalam masak lemak, masak sekejap dan bolehla tutup api.

Tags: #Ayam #CILI #Lemak #Masak #Padi #RESEPI

author
Author: 
    RESEPI TOMYAM SANTAN THAI
    RESEPI TOMYAM SANTAN THAI
    RESEPI TOMYAM SANTAN THAI BAHAN-BAHAN 600 gm
    RESEPI  JAPANESE MOCHI – FRUIT AND CREAM FILLING
    RESEPI  JAPANESE MOCHI – FRUIT AND CREAM FILLING
    RESEPI  JAPANESE MOCHI – FRUIT AND CREAM
    RESEPI CUCUR MILO
    RESEPI CUCUR MILO
    RESEPI CUCUR MILO BAHAN-BAHAN 2 cawan tepung
    RESEPI KEK SARANG SEMUT PALING SEDAP
    RESEPI KEK SARANG SEMUT PALING SEDAP
    RESEPI KEK SARANG SEMUT PALING SEDAP Bahan

    Leave a reply "RESEPI AYAM MASAK LEMAK CILI PADI"

    Must read×

    Top