Resepi Air Cendol Yang Sedap

In Terkini 152 views
MALAM ini teringin pulak Lokman nak kongsikan satu resepi khas utk pengunjung setia blog ini iaitu ‘Resepi Air Cendol Yang Sedap’. Agak lama blog nih tak update tentang resepi. Bagi anda yg gemar akan cendol terutama dgn cuaca panas amat dicari-cari. Jom lihat resepi dibawah!

Resepi Air Cendol Yang Sedap

Resepi Air Cendol Yang Sedap

Cendol:

Bahan-bahan:

5 Sudu makan – Tepung beras
1 sudu makan – Tepung gandum
1 sudu makan – Tepung pulut
10 helai daun pandan diblend – ambil air sahaja

Cara Membuat Cendol:

1. Pertama kali, campurkan semua tepung kedalam satu mangkuk. Masukkan air pandan sedikit demi sedikit. Gaulkan semuanya hingga tak melekat pd tangan.

2. Kemudian, panaskan periuk bersama dgn air tapis / air masak.

3. Masukkan semua bahan-bahan yg sudah digaul tadi kedalam plastik. Bila air dah mendidih. Tekan cendol tu keluar. Bila cendol dah kembang dan masak.

4. Selepas itu, sediakan semangkuk air masak yg dah sejuk. Angkat dan toskan cendol lepas tu masukkan ia kedalam mangkuk yg ada air sejuk.

Air Cendol:

Bahan-bahan:

1 Kotak Santan Segera – Pastikan Santan pekat
1 Cawan Air Masak
Gula Merah secukup rasa
1 sudu kecil garam

Cara Membuat Air Cendol:

1. Pertama kali, panaskan periuk. Masukkan santan dan air masak kedalam periuk.

2. Masukkan garam dan gula merah mengikut selera anda.

3. Tuangkan kedalam 1 jag besar. Kemudian, campurkan kesemuanya sekali termasuk cendol yg anda buat tadi.

4. Akhir sekali, jangan lupa masukkan sekali ais dlm air cendol tersebut.

Selamat mencuba dirumah!

Tags: #Cendol #RESEPI #Sedap #Yang

author
Author: 
    Drama Monalisa (Astro Prima)
    Drama Monalisa (Astro Prima)
    Nantikan drama bersiri Mona Lisa adaptasi drpada
    Sinopsis Drama Mandatori
    Sinopsis Drama Mandatori
    Tajuk : Mandatori Mula Tayangan : 14
    Drama Tiada Arah Jodoh Kita (TV3)
    Drama Tiada Arah Jodoh Kita (TV3)
    Nantikan drama adapatasi novel Tiada Arah Jodoh
    Drama Isteri Untuk Diiktiraf
    Drama Isteri Untuk Diiktiraf
    Nantikan drama bersiri Isteri Untuk Diiktiraf adaptasi

    Leave a reply "Resepi Air Cendol Yang Sedap"

    Must read×

    Top