Rainbow Checkeredboard Cake

In Makanan 29 views

Rainbow Checkeredboard Cake
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
430gm tepung gandum
4 sudu kecil baking powder
1/2 sudu teh garam
250gm mentega
340gm gula kaster
375ml susu segar
5 biji putih telur suhu bilik
2 sudu teh esen vanila / badam
Pewarna merah, biru, hijau, kuning, oren, unggu

400ml whip topping krim – di putar hingga kembang
(untuk disapu pd setiap lapisan dan seluruh kek)
atau buttercream

Loyang 8″ di alas dan di gris keliling

Cara-cara :
Ayak tepung, baking powder dan garam, ketepikan.
Pukul mentega dan gula hingga gebu.  Masukkan esen vanila di ikuti putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati dan gebu.
Masukkan tepung gandum berselang seli dgn susu segar dan putar hingga sebati.
Bahagikan adunan kpd 6 bahagian yg sama banyak (+- 260gm setiap mangkuk), letakkan pewarna yg berlainan.

Tuang setiap adunan ke dlm loyang yg berasingan dan bakar di dlm oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu selama 15 minit pd suhu 170C.  Bakar hingga habis.

Angkat dan sejukkan di atas redai.  Keluarkan alas bawah kek.
Potong setiap kek menggunakan cutter bulat (2 atau 3 cutter berlainan saiz).

Susun mengikut warna yg berlainan setiap lapisan kek.

Sapu krim keliling kek utk lapisan yg pertama, letak di atas papan kek.

Sapu krim secukupnya pd permukaan lapisan pertama kek, letak lapisan kedua dan sapu krim di atasnya.  Ulangi utk lapisan seterusnya hingga habis.
Setelah selesai, sapu tipis krim pd seluruh kek dan simpan selama 2-3 jam di dlm peti sejuk.
Selepas itu bolehlah di salut dgn krim kegemaran menggunakan fresh cream, buttercream atau coklat ganache.

Simpan semula di dlm peti sejuk sekurangnya 4 jam sebelum di potong.

Rainbow Checkeredboard Cake

Tags: #Cake #Checkeredboard #Rainbow

author
Author: 
    Serabai Serawa Durian
    Serabai Serawa Durian
    Serabai Serawa Durian Bahan-bahan250gm tepung beras150gm nasi
    Kaswi Durian
    Kaswi Durian
    Kaswi Durian By Kak Wan @ Resipicitarasawan Bahan-bahan300gm isi
    Sambal Kuinin
    Sambal Kuinin
    Sambal KuininBahan-bahan2 biji buah kuini setengah masak2
    RESEPI SAMBAL TOTOK #RRTS
    RESEPI SAMBAL TOTOK #RRTS
    RESEPI SAMBAL TOTOK #RRTS BAHAN-BAHAN ikan bilis

    Leave a reply "Rainbow Checkeredboard Cake"

    Must read×

    Top