Puding Roti Pisang Berkrim / Creamy Banana Bread Pudding

In Makanan 108 views

Puding Roti Pisang Berkrim / Creamy Banana Bread Pudding

Bahan-bahan
8 keping roti
400 ml susu segar / susu sejat
50 gm gula pasir
2 sudu besar mentega cair
3 biji telor B
1/4 sudu teh garam
2 biji pisang emas – potong kecil

Loyang 8 in Loose Base, Alas dasar dgn baking paper dan oles keliling dgn mentega.
Loyang 10 in di isi air panas

Penyediaan :
Carik-carikkan roti, masukkan ke dlm mangkuk.  Ketepikan.
Satukan susu, gula, telur dan garam ke dlm pengisar.  Kisar sebati.

Tuang ke dlm mangkuk berisi roti bersama mentega cair dan hirisan pisang.

Gaul rata dan biarkan hingga roti menyerap adunan susu.
Tuang ke dlm loyang, tekan dan ratakan adunan roti.
Bungkus dasar loyang dgn aluminium foil atau letakkan 4 acuan kecil sbg tapak, letakkan loyang di atasnya supaya air tak masuk ke dlm loyang.
Panaskan oven pd suhu 170C dan bakar api atas bawah selama 35 – 40 minit atau hingga masak.
Keluarkan dr oven, tekan permukaan roti biar mampat dan sejukkan dahulu.
Longgarkan keliling tepinya dgn spatula atau pisau supaya senang mengeluarkannya nanti dr loyang.
Sementara itu sediakan lapisan puding kastard.

Lapisan Atas Puding Kastard
7 gm agar-agar serbuk
500 ml air
120 gm gula
200 ml susu cair
3 sudu besar tepung kastard
1 sudu teh esen vanilla
secubit garam

Cara-cara :
Satukan air dan serbuk agar2 ke dlm periuk dan masak hingga serbuk agar2 larut.
Masukkan gula , susu cair dan tepung kastard yg dilarutkan dgn sedikit air, esen vanilla dan garam.
Masak hingga adunan mendidih dgn api sederhana.  Sentiasa kacau supaya tak berketul.
Tuang ke atas permukaan puding roti
Sejukkan selama 2-3 jam sebelum di keluarkan dr loyang.


Sos Kastard
400 ml susu cair / susu sejat
100 ml air
50 gm gula pasir
secubit garam
1 sudu teh esen vanila
3 sudu besar tepung kastard
pewarna kuning jika suka

Satukan semua bahan, whisk dan tapis ke dlm periuk.
Masak dgn api sederhana, sentiasa di kacau dgn whisk hingga sos hampir pekat.
Tutup api dan tuang ke dlm bekas.
Tutup dgn plastik wrap supaya permukaanya tak kering dan biarkan sejuk.
Puding bertambah enak di makan bersama sos.

Puding Roti Pisang Berkrim / Creamy Banana Bread Pudding

Tags: #Banana #Berkrim #Bread #Creamy #Pisang #Pudding #Puding #Roti

author
Author: 
    RESEPI TOMYAM SANTAN THAI
    RESEPI TOMYAM SANTAN THAI
    RESEPI TOMYAM SANTAN THAI BAHAN-BAHAN 600 gm
    RESEPI  JAPANESE MOCHI – FRUIT AND CREAM FILLING
    RESEPI  JAPANESE MOCHI – FRUIT AND CREAM FILLING
    RESEPI  JAPANESE MOCHI – FRUIT AND CREAM
    RESEPI CUCUR MILO
    RESEPI CUCUR MILO
    RESEPI CUCUR MILO BAHAN-BAHAN 2 cawan tepung
    RESEPI KEK SARANG SEMUT PALING SEDAP
    RESEPI KEK SARANG SEMUT PALING SEDAP
    RESEPI KEK SARANG SEMUT PALING SEDAP Bahan

    Leave a reply "Puding Roti Pisang Berkrim / Creamy Banana Bread Pudding"

    Must read×

    Top