Puding Roti Pandan Gula Melaka

In Makanan 96 views

Puding Roti Pandan Gula Melaka 

Bahan-bahan
8 keping roti
150 ml santan kotak KARA
250 ml air
50 gm gula pasir
2 sudu besar mentega cair
3 biji telor B
1/4 sudu teh garam
1 sudu besar pandan emulco

Loyang 8 in Loose Base, Alas dasar dgn baking paper dan oles keliling dgn mentega.
Loyang 10 in di isi air panas

Penyediaan :
Carik-carikkan roti, masukkan ke dlm mangkuk.  Ketepikan.
Satukan santan, air, gula, telur, pandan emulco dan garam ke dlm pengisar.  Kisar sebati.
Tuang ke dlm mangkuk berisi roti bersama mentega cair.
Gaul rata dan biarkan hingga roti menyerap adunan santan.
Tuang ke dlm loyang, tekan dan ratakan adunan roti.
Bungkus dasar loyang dgn aluminium foil atau letakkan 4 acuan kecil sbg tapak, letakkan loyang di atasnya supaya air tak masuk ke dlm loyang.
Panaskan oven pd suhu 170C dan bakar api atas bawah selama 35 – 40 minit atau hingga masak.
Keluarkan dr oven, tekan permukaan roti biar mampat dan sejukkan dahulu.
Longgarkan keliling tepinya dgn spatula atau pisau supaya senang mengeluarkannya nanti dr loyang.

Sementara itu sediakan lapisan puding gula melaka.


Lapisan Atas Puding Gula Melaka
7 gm agar-agar serbuk
550 ml air
150 ml santan kotak KARA
150 gm gula melaka, racik halus
3 sudu besar tepung hunkwee
1 sudu teh esen vanilla
secubit garam

Cara-cara :
Satukan air dan serbuk agar2 ke dlm periuk dan masak hingga serbuk agar2 larut.
Masukkan gula melaka, santan dan tepung hunkwee yg dilarutkan dgn sedikit air, esen vanilla dan garam.
Masak hingga adunan mendidih dgn api sederhana.  Sentiasa kacau supaya tak berketul.
Tuang ke atas permukaan puding roti
Sejukkan selama 2-3 jam sebelum di keluarkan dr loyang.
Enak di makan dingin.

Nota :  Guna gula melaka yg gelap warnanya atau campuran gula melaka dan gula merah utk mendapat warna puding yg lebih gelap.

Puding Roti Pandan Gula Melaka 

Tags: #Gula #Melaka #Pandan #Puding #Roti

author
Author: 
    RESEPI TOMYAM SANTAN THAI
    RESEPI TOMYAM SANTAN THAI
    RESEPI TOMYAM SANTAN THAI BAHAN-BAHAN 600 gm
    RESEPI  JAPANESE MOCHI – FRUIT AND CREAM FILLING
    RESEPI  JAPANESE MOCHI – FRUIT AND CREAM FILLING
    RESEPI  JAPANESE MOCHI – FRUIT AND CREAM
    RESEPI CUCUR MILO
    RESEPI CUCUR MILO
    RESEPI CUCUR MILO BAHAN-BAHAN 2 cawan tepung
    RESEPI KEK SARANG SEMUT PALING SEDAP
    RESEPI KEK SARANG SEMUT PALING SEDAP
    RESEPI KEK SARANG SEMUT PALING SEDAP Bahan

    Leave a reply "Puding Roti Pandan Gula Melaka"

    Must read×

    Top