Program Rockanova (2017)

In Terkini 179 views

Program Rockanova yg akan mula bersiaran pd 29 Mac di Astro Prima dan Maya HD akan menampilkan Edry dan Datuk Awie sbg juri tetap, manakala Hattan pula menggalas tanggungjawab sbg guru vokal dan persembahan.

Sesi uji bakat berlangsung pd Sabtu dan Ahad lalu dihadiri lebih 300 peserta utk mencuba nasib.

Jurinya, Datuk Hattan dan Edry Abdul Halim mengakui rata-rata peserta yg hadir sekadar suka-suka, namun tak menafikan ada juga yg benar-benar berjiwa rock sejati.

“Sebanyak 70 peratus yg hadir sekadar mencuba nasib dan utk suka-suka saja. Namun, ada juga yg benar-benar faham dgn muzik rock dan ada dlm jiwa mereka.

“Kira-kira 200 peserta dipilih berdasarkan uji bakat awal yg diadakan menerusi Instagram. Apa yg boleh saya katakan mereka ingin mencuba nasib, namun ada yg kurang persediaan apabila nampak takut dan gemuruh,” kata Edry.

Menurut Edry, ada juga beberapa peserta yg hadir memiliki vokal mantap, namun penguasaan pentasnya mengecewakan.

“Untuk peserta yg kurang mampu menguasai pentas, mereka mungkin lebih sesuai menyanyi di YouTube dan sbgnya. Yang penting memang suara, namun penting juga dr segi persembahan,” katanya.

Edry berkata, dia turut kagum dgn semangat beberapa peserta yg sanggup hadir dr Singapura, semata-mata utk mengejar cita-cita menjadi bintang rock.

Ditanya mengenai kriteria yg diletakkan utk peserta, Hattan berkata, mereka meletakkan beberapa syarat.

“Selain boleh menyanyi, mereka perlu ada pengetahuan dan memiliki imej yg menarik. Bila ditanya mengenai lagu dan band rock serta sejarah muzik rock, ada yg terpinga-pinga,” katanya.

Menurut Hattan, walaupun program ini hanya memfokuskan kpd muzik rock, perlu diingatkan semua peserta mesti mengadaptasi dgn kehendak semua lapisan masyarakat.

“Sebenarnya, banyak lagu rock yg popular dan ‘evergreen’. Jadi, peserta perlu bijak memilih lagu yg sesuai dan tak hanya memfokuskan kpd satu jenis rock saja kerana rock itu ada pelbagai jenis.

“Tidak semestinya kita akan fokus kpd rock yg keras sahaja, tetapi juga yg boleh dikomersialkan. Saya harap perserta yg terpilih akan sedar mengenai ini,” katanya.

Dalam pd itu, mereka juga berharap agar Rockanova bakal melahirkan satu bintang baru yg berbeza drpada program realiti lain yg pernah ada.

“Bintang yg akan muncul drpada program Rockanova adalah unik dan identiti tersendiri kerana dia memfokuskan kpd muzik rock. Bukan semua program realiti mampu membentuk seseorang pesertanya menjadi penyanyi genre spesifik spt ini,” katanya.

Nanti program Rockanova bermula bulan Mac depan di Astro Maya HD dan Prima.

Sumber : mstar

Tags: #2017 #Program #Rockanova

author
Author: 
    Drama My Coffee Prince Lakonan : Fattah Amin, Janna Nick, Fahrin Ahmad,
    Drama My Coffee Prince Lakonan : Fattah Amin, Janna Nick, Fahrin Ahmad,
    Nantikan adaptasi drama popular Korea Selatan bertajuk
    Kesempatan Kedua (TV3)
    Kesempatan Kedua (TV3)
    Saksikan telefilem Kesempatan Kedua lakonan Kaka Azraff,
    Sinopsis Drama Kisah Yang Hilang
    Sinopsis Drama Kisah Yang Hilang
    Tajuk : Kisah Yang Hilang Mula Tayangan
    Sinopsis Telemovie Psikosis
    Sinopsis Telemovie Psikosis
    Tajuk : Psikosis Tarikh : 18 November

    Leave a reply "Program Rockanova (2017)"

    Must read×

    Top