Program Little Princess Aaisyah

In Terkini 116 views
Program Little Princess Aaisyah

Program Little Princess Aaisyah membawa penonton menyaksikan keletah comel Aaisyah Dhia Rana anak kpd pasangan selebriti terkenal Rozita Che Wan dan Zain Saidin dlm kehidupan sehariannya. Bakal menemui penonton bermula 12 April depan setiap hari Rabu, pukul 9 malam. Ia disiarkan secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Penolong Naib Presiden Perniagaan GEN NEXT Astro, Mohd Irwan Abdul Rauf berkata, program ini akan memfokuskan kpd kehidupan dan perkembangan seharian kanak-kanak cilik itu termasuk pelbagai aktiviti menarik.

“Kekuatan program ini terletak pd Aaisyah sendiri kerana dia mempunyai personaliti yg unik berbanding kanak-kanak seusianya.

“Imejnya yg seakan-akan seorang puteri ditambah dgn sifatnya yg gemar bergaya menjadikan dia seorang fesyenista kecil.

“Selain melihat kehidupan seharian dan perkembangannya program itu juga memaparkan gelagat comel Aaisyah dlm melakukan pelbagai aktiviti menarik selain mencuba sesuatu yg baharu,” katanya kpd mStar Online.

Mohd Irwan ditemui pd majlis pelancaran program itu yg diadakan di sini, Rabu. Aaisyah Dhia Rana berumur 2 tahun 4 bulan.

Dalam pd itu, Mohd Irwan berkata, beberapa artis terkenal bakal membuat kemunculan istimewa dlm program itu spt Neelofa, Jihan Muse, Nabil Ahmad dan Marsha Milan yg akan bersama-sama menjayakan aktiviti harian bersama Aaisyah.

Jelasnya lagi, musim pertama lapan episod itu turut memaparkan aktiviti pertama kali dilakukan Aaisyah spt kunjungan ke Zoo Negara.

“Aaisyah berada pd peringkat usia yg mana rasa ingin tahunya sangat tinggi dan aktif meneroka pelbagai perkara disekelilingnya.

“Selain melawat Zoo Negara penonton juga berpeluang menyaksikan bagaimana penerimaan Aaisyah terhadap perubahan apabila terpaksa tidur di bilik sendiri buat pertama kali.

“Artis-artis jemputan juga akan menyerikan lagi program ini dan ia sudah tentu sbg satu tarikan buat penonton,” jelasnya.

Dalam perkembangan sama, Mohd Irwan berkata, Little Princess Aaisyah juga turut menyelitkan tip dan informasi mengenai keibubapaan drpada Rozita dan suaminya, Zain.

“Ia sbg alternatif mendalami ilmu keibubapaan secara bersahaja dr sudut pandangan Rozita dan Zain dlm mendidik anak mereka,” ujarnya.

Nantikan Little Princess Aaisyah setiap hari Rabu jam 9.00 malam di Astro Ria dan Ria HD.

Tags: #Aaisyah #Little #Princess #Program

author
Author: 
    Ahmad Rosli Arwahkan Ketua Kampung (TV3)
    Ahmad Rosli Arwahkan Ketua Kampung (TV3)
    Nantikan drama bersiri berjudul ‘Ahmad Rosli Arwahkan
    Drama Aku Di Sisimu (TV1)
    Drama Aku Di Sisimu (TV1)
    RMT akan menyiarkan drama bersiri Aku Di
    Drama Monalisa (Astro Prima)
    Drama Monalisa (Astro Prima)
    Nantikan drama bersiri Mona Lisa adaptasi drpada
    Sinopsis Drama Mandatori
    Sinopsis Drama Mandatori
    Tajuk : Mandatori Mula Tayangan : 14

    Leave a reply "Program Little Princess Aaisyah"

    Must read×

    Top