Program Konsert Komedi (Astro Warna)

In Terkini 179 views
Program Konsert Komedi (Astro Warna)

Bakat nyanyian pelawak tanahair bakal diserlahkan dlm sebuah program terbaru terbitan Astro, Konsert Komedi.

Menurut Ketua Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad, para pelawak (yang digelar sbg ‘pemain komedi’ dlm program ini) akan diberi kebebasan utk menentukan konsep persembahan mereka pd setiap minggu.

Konsert Komedi 2017 akan bersiaran mulai 12 Mei 2017 setiap hari Jumaat jam 10:00 malam. Rancangan ini akan dihoskan oleh 8 pelawak terkenal Malaysia yg bergilir setiap minggu, dimana mereka diberi kebebasan utk mengendalikan acara mereka sendiri, perlu diselitkan dgn sketsa dan nyanyian yg bakal mengeletek hati penonton.

Senarai pelawak yg mengambil bahagian adalah Senario, Shiro, Sepahtu, Nabil, Bocey, Datuk Ac Mizal, Zero serta kumpulan Baik Punya Cilok yg terdiri drpada Afdlin Shauki, Hans Isaac dan Datuk Awie.

Selain menyanyi, pemain komedi juga akan membuat sketsa secara solo atau berkumpulan bersama beberapa selebriti undangan – antaranya Erra Fazira, Stacy, Siti Nordiana, Misha Omar dan Indah Ruhaila.

Konsert tersebut bakal diiringi oleh kumpulan pemain muzik di bawah pimpinan Pengarah Muzik terkenal, Datuk Ramli MS.

Konsert Komedi mula bersiaran pd 12 Mei ini, jam 10.00 malam di Astro Warna (saluran 132) dan Astro Warna HD (saluran 124).

Senarai Pelawak Konsert Komedi 2017. 

Sepahtu Sinar (Jep, Shuib & Rahim R2)
Senario (Wahid, Azlee, Saiful Apek, Ilya, Hamdan & Yassin)
Zero (Atu, Syaiful & Shariff)
Bocey (Abam, Fad & Achey)
Nabil Ahmad
Dato’ AC Mizal
BPC (Afdlin Shauki, Dato’ Awie & Dato’ Hans Isaac)
Shiro (Shahrol & Ajak)


Carian Berkaitan

lagu jep dan nana duet dalam konsert komedi

Tags: #Astro #Komedi #Konsert #Program #Warna

author
Author: 
    Drama Monalisa (Astro Prima)
    Drama Monalisa (Astro Prima)
    Nantikan drama bersiri Mona Lisa adaptasi drpada
    Sinopsis Drama Mandatori
    Sinopsis Drama Mandatori
    Tajuk : Mandatori Mula Tayangan : 14
    Drama Tiada Arah Jodoh Kita (TV3)
    Drama Tiada Arah Jodoh Kita (TV3)
    Nantikan drama adapatasi novel Tiada Arah Jodoh
    Drama Isteri Untuk Diiktiraf
    Drama Isteri Untuk Diiktiraf
    Nantikan drama bersiri Isteri Untuk Diiktiraf adaptasi

    Leave a reply "Program Konsert Komedi (Astro Warna)"

    Must read×

    Top