Program Da’i Pendakwah Nusantara 2017

In Terkini 252 views
Program Da'i Pendakwah Nusantara 2017

Program keagamaan Da’i Pendakwah Nusantara kembali utk musim ke lima dgn memperkenalkan slogan baharu iaitu ‘Refleksi Diri Penggerak Dakwah’ yg membawa maksud, seseorang individu yg sentiasa bermuhasabah diri, imejnya akan mencerminkan keperibadian baiknya sbg lambang keimanan dan keindahan Agama Islam.

Seramai 12 orang peserta telah dipilih melalui sesi uji bakat yg berlangsung sepanjang bulan Mac yg lalu. Da’i musim ini masih mengekalkan Datuk Ustaz Kazim Elias sbg Mursyid (Ketua Pengajar), dibantu Murabbi (tenaga pengajar) terdiri drpada Ustaz Roslan Mohamed dan Ustazah Asni Abu Mansor Al-Hafizah. Para peserta akan dinilai oleh para juri professional iaitu Ustaz Mohamad Zarifi Mohamad Daud dan Prof Madya Dr Sharifah Haayati Syed Ismail. Da’i Musim Ke-5 bakal menemui penonton bermula bermula 16 Julai ini, bersiaran setiap hari Ahad jam 9 malam di TV3. Program ini dihoskan oleh Datuk Rosyam Nor selaku pengacara utama dan Tuan Haji Zainal Ariffin Ismail selaku pengacara bersama Da’i Pendakwah Nusantara.

Para peserta akan diberikan masa 3 hingga 5 minit utk mempersembahkan tazkirah mereka dgn cara yg kreatif dan unik. Persembahan mereka akan dinilai oleh 10 orang juri awam, para murabbi dan juri tetap. Peranan murabbi dan juri tetap adalah utk memastikan pengisian tazkirah yg disampaikan itu adalah sahih, lantas memberikan markah kpd mereka.

Sistem pemarkahan utk musim ini adalah 70% dr juri tetap, iaitu Ustaz Zarifi Daud dan Prof. Madya Dr. Sharifah Haayati Syed Ismail masing-masing akan mengadili dr sudut isi dan hafazan sebanyak (35%), manakala (35%) lagi adalah melalui personaliti serta gaya persembahan. 20% akan diberikan oleh Murabbi iaitu Ustaz Roslan Mohamed dan Ustazah Asni Al-Hafizah. Akhir sekali, 10% dr juri awam yg diundang pd setiap episod.

Penonton juga berpeluang utk menyaksikan Jurnal Da’i yg bakal disiarkan pd hari Ahad, jam 6.00 petang dan akan dihoskan oleh Da’i Syed (musim ke-4). Jurnal Da’i akan memaparkan perjalanan pembelajaran mereka sebelum bergelar Da’i, di belakang tabir kelas bersama Murabbi dan Mursyid, aktiviti-aktiviti riadah dan juga aktiviti bersama penaja.

Juara Da’i Pendakwah Nusantara bakal membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000, trofi dan pakej umrah. Pemenang saguhati pula mendapat wang tunai berjumlah RM5,000 beserta trofi setiap seorang.

SENARAI PESERTA DA’I MUSIM KE-5

1. DAI AIMAN
• AIMAN SUFYAN B. AEZMAN
• 27 TAHUN
• RAWANG, SELANGOR.
• IJAZAH SARJANA MUDA SYARIAH, UNIVERSITI MUTAH, JORDAN.

2. DAI HAKIM
• MUHAMMAD LUQMAN HAKIM B. OTHMAN
• 22 TAHUN
• SUNGAI BESAR, SELANGOR.
• IJAZAH SARJANA MUDA DAKWAH & PENGURUSAN ISLAM, UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA, NILAI, N9.

3. DAI SAMSUDIN
• SAMSUDIN B. IBRAHIM
• 20 TAHUN
• SANDAKAN, SABAH.
• DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM, UNIVERSITI SULTAN AZLAN SHAH, KUALA KANGSAR, PERAK.

4. DAI IZZUDDIN
• MUHAMMAD IZZUDDIN B. MOHD NASIR
• 19 TAHUN
• PULAI CHONDONG, KELANTAN.
• DIPLOMA TAHFIZ, KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ISMAIL PETRA, KOTA BHARU, KELANTAN.

5. DAI FAHMI
• MUHAMMAD FAHMI B. ZULKIFLY
• 19 TAHUN
• MASJID TANAH, MELAKA.
• DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN WAL-QIRAAT, MARSAH, JB, JOHOR.

6. DAI MUHAMMAD
• MUHAMMAD LUQMAN B. ROSLAN
• 18 TAHUN
• KERAMAT, KUALA LUMPUR
• PENGAJIAN HADIS, FEQAH & AL-QURAN, MAAHAD MIFTAHUL JANNAH, KUALA LUMPUR.

7. DAI ILHAMI
• ILHAMI NADHRAH BT. HAMZAH
• 24 TAHUN
• MARANG, TERENGGANU.
• IJAZAH SARJANA MUDA BAHASA ARAB, KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH KUALA KETIL, KEDAH.

8. DAI AFIQAH
• NUR AFIQAH BT. MAHMUD
• 22 TAHUN
• BALING, KEDAH.
• IJAZAH SARJANA MUDA KAUNSELING, UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA, NILAI, N9.

9. DAI SYAFIQAH
• NURUL SYAFIQAH BT. MOHAMEED HANAFIAH
• 21 TAHUN
• GOMBAK, SELANGOR.
• IJAZAH SARJANA MUDA UNDANG-UNDANG & SYARIAH, UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA, GOMBAK, SELANGOR.

10. DAI ADNEEN
• NIK NUR ADNEEN BT. ISMAIL
• 20 TAHUN
• KUALA TERENGGANU, TERENGGANU.
• IJAZAH SARJANA MUDA FIQH & FATWA, UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA, NILAI, N9.

11. DAI ZAHIRAH
• NOR ZAHIRAH BT. MOHD JOHARI
• 20 TAHUN
• KUALA KETIL, KEDAH.
• IJAZAH SARJANA MUDA SYARIAH, KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH, KUALA KETIL, KEDAH.

12. DAI HUMAIRA
• HANIN HUMAIRA’ BT. MOHAMMAD AKHIR
• 19 TAHUN
• ALOR SETAR, KEDAH.
• ASASI PENGAJIAN ISLAM, KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH, KUALA KETIL, KEDAH


Carian Berkaitan

biodata daiizzuddin, biodata dai humaira, BIODATA DAI AFIQAH 2017, biodata dai luqman

Loading...

Tags: #2017 #Da'i #Nusantara #Pendakwah #Program

author
Author: 
    Sinopsis Drama Mr London Ms Langkawi
    Sinopsis Drama Mr London Ms Langkawi
    Tajuk : Mr London Ms Langkawi Mula
    Telemovie Cinta Bersegi Segi Lakonan Mawar Rashid, Nazirul Mubin
    Telemovie Cinta Bersegi Segi Lakonan Mawar Rashid, Nazirul Mubin
    Saksikan telefilem Cinta Bersegi-Segi arahan Shuhaimi Lua.
    OST Drama Red Velvet
    OST Drama Red Velvet
    Dengarkan lagu tema drama Red Velvet berjudul
    Cinta Bersegi-Segi (TV9)
    Cinta Bersegi-Segi (TV9)
    Saksikan telefilem Cinta Bersegi-Segi arahan Shuhaimi Lua.

    Leave a reply "Program Da’i Pendakwah Nusantara 2017"

    Must read×

    Top