Program AF Megastar (2017)

In Terkini 65 views
Program AF Megastar (2017)

Program realiti AF Megastar bakal menghimpunkan semula bekas juara dan bintang Akademi Fantasia yg telah bersiaran selama 13 musim sebelum ini.

Seramai lapan orang bekas juara ‘AF’ yg telah mengesahkan penglibatan mereka dlm edisi khas ini iaitu Zahid (AF2), Faizal Ramly (AF4), Mila Jirin (AF5), Shahir (AF8), Faizul Sany (AF2013), Firman (AF 2014), Sufi Rashid (AF2015) dan Amir (AF2016).

Manakala enam belas orang peserta ‘favourite’ yg berjaya disenarai pendek ialah Rosma (AF1), Bob (AF2), Adam (AF2), Anding (AF2), Marsha Milan (AF3), Amylea (AF3), Idayu (AF3), Nubhan (AF6), Aril Pilus (AF7), Adira (AF8), Amir Jahari (AF9), Azhar (AF2013), Indah Ruhaila (AF2013), Ewal (AF2014), Syamel (AF2015) dan Ara (AF2016).

Kesemua 24 bintang yg disenaraikan bakal berentap di pusingan ‘Konsert AF Homecoming’ utk mara ke peringkat seterusnya di pentas utama. Kuasa mutlak pemilihan adalah 100% diserahkan kpd barisan juri profesional yg akan memilih bintang yg benar-benar layak utk memeriahkan edisi ini.

Dua pusingan ‘Konsert AF Homecoming’ akan disiarkan jam 9.00 malam pd 3 dan 10 September 2017 menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123). Diikuti dgn enam buah lagi konsert mingguan ‘AF Megastar’ bermula 17 September 2017 secara langsung di Royal Theater, Shah Alam. Datuk Aznil Haji Nawawi akan mengemudikan edisi khas ini sbg pengacara.

Peserta AF Megastar (2017)

Tags: #2017 #Megastar #Program

author
Author: 
    Drama Monalisa (Astro Prima)
    Drama Monalisa (Astro Prima)
    Nantikan drama bersiri Mona Lisa adaptasi drpada
    Sinopsis Drama Mandatori
    Sinopsis Drama Mandatori
    Tajuk : Mandatori Mula Tayangan : 14
    Drama Tiada Arah Jodoh Kita (TV3)
    Drama Tiada Arah Jodoh Kita (TV3)
    Nantikan drama adapatasi novel Tiada Arah Jodoh
    Drama Isteri Untuk Diiktiraf
    Drama Isteri Untuk Diiktiraf
    Nantikan drama bersiri Isteri Untuk Diiktiraf adaptasi

    Leave a reply "Program AF Megastar (2017)"

    Must read×

    Top