Perkhidmatan Perkongsian Basikal, oBike Hadir Ke Malaysia

In Terkini 118 views
BAGI anda yg pernah ke beberapa negara berhampiran, termasuk Singapura, China dan sbgnya, perkhidmatan perkongsian basikal semakin popular  dimana pengguna boleh membuat tempahan utk menggunakan basikal terus melalui suatu aplikasi, mendapatkan kod utk mengakses basikal berkenaan, dan menunggang ia kemana-mana serta meninggalkannya.

Perkhidmatan Perkongsian Basikal, oBike Hadir Ke Malaysia

Kini, salah satu perkhidmatan seumpamanya turut memasuki pasaran tempatan, dinamakan sbg oBike.

Melalui oBike, pengguna perlu mengakses dan membuat tempahan melalui aplikasi Android atau iOS yg khusus utknya, seterusnya menunggangnya kemana-mana dan meletakkannya di tempat parkir basikal yg terpilih.

Untuk mula menggunakan oBike sendiri, pengguna perlu membuat bayaran deposit. Deposit biasa adalah RM109, tetapi hanya RM49 utk tempoh pengenalan ini sementara sekiranya anda mempunyai ID pengguna, anda boleh menyertainya dgn bayaran deposit serendah RM19. Bayaran deposit ini boleh didapati kembali sekiranya anda berhenti pd bila-bila masa, dan terhad hingga 26 April 2017 sahaja.

Untuk kos penggunaan pula, oBike mengecas mengikut masa penggunaan, iaitu RM1 utk setiap 15 minit.

Bagi anda yg berminat, boleh mencubanya dgn memuat-turun aplikasi ini drpada Google Play Store atau Apple App Store hari ini.

Tags: #Basikal #Hadir #Malaysia #oBike #Perkhidmatan #Perkongsian

author
Author: 
    Ahmad Rosli Arwahkan Ketua Kampung (TV3)
    Ahmad Rosli Arwahkan Ketua Kampung (TV3)
    Nantikan drama bersiri berjudul ‘Ahmad Rosli Arwahkan
    Drama Aku Di Sisimu (TV1)
    Drama Aku Di Sisimu (TV1)
    RMT akan menyiarkan drama bersiri Aku Di
    Drama Monalisa (Astro Prima)
    Drama Monalisa (Astro Prima)
    Nantikan drama bersiri Mona Lisa adaptasi drpada
    Sinopsis Drama Mandatori
    Sinopsis Drama Mandatori
    Tajuk : Mandatori Mula Tayangan : 14

    Leave a reply "Perkhidmatan Perkongsian Basikal, oBike Hadir Ke Malaysia"

    Must read×

    Top