Panduan Sebelum Membuat Pembelian Motosikal Baru

In Terkini 78 views
SESETENGAH drpada anda mungkin baru pertama kali mempunyai motosikal sendiri dan tak mengetahui apakah motosikal yg terbaik di pasaran. Kesilapan membeli motosikal akan menyebabkan anda akan menyesal dan mengalami kerugian dr segi kewangan serta mungkin anda akan menghadapi masalah dgn motosikal tersebut terutamanya berkaitan dgn kos servis dan membaiki beberapa kerosakan sekiranya berlaku.

Panduan Sebelum Membuat Pembelian Motosikal Baru

Disini saya akan kongsikan tips utk anda sebelum membuat pembelian motosikal pilihan idaman anda di kedai moto.

1-Pemilihan motosikal idaman berdasarkan kemampuan kewangan

Sebelum anda merancang utk membeli sebuah motosikal, perkara yg perlu anda beri perhatian adalah mengenai kedudukan kewangan anda. Teliti semula keadaan kewangan anda agar tak memberi kesan kpd bebanan kehidupan anda selepas membeli motosikal yg baru berdasarkan motosikal pilihan anda dgn melihat harga motosikal tersebut kerana harga motosikal pd masa ini mempunyai harga yg agak mahal.

Anda minat motosikal jenis yg bagaimana? Sebagai pengetahuan anda, motosikal ini mempunyai pelbagai jenis dan bentuk mengikut rekaan pihak pengeluar motosikal itu sendiri. Terdapat motor yg mempunyai pedal klas tangan, gear kaki dan terdapat juga motor yg tak mempunyai pedal klas tangan tetapi mempunyai pedal gear kaki. Bagi kaum wanita, mereka menyukai motosikal jenis skuter kerana motosikal ini tak mempunyai pedal klas tangan dan juga pedal gear kaki.

2-Pilih motosikal dr jenama popular

Secara peribadi motosikal yg paling popular sekali di Malaysia adalah drpada jenama Honda dan Yamaha, bg keluaran tempatan mungkin dr jenama Modenas. Bagi pesaing-pesaing lain adalah spt Kawasaki, Suzuki, SYM, dan banyak lagi. Apa yg anda lihat banyak sekali motosikal yg digunakan oleh orang ramai di jalan raya dan ia dr jenis keluaran mana? Motor yg banyak sekali digunakan oleh orang ramai, jenama motor itulah yg anda perlu beli kerana motor drpada jenama popular amat lasak dan mempunyai banyak sekali alat ganti yg mudah diperolehi di pasaran.

3-Kunjungi kedai-kedai yg menjual motosikal

Bagi melihat motosikal yg diidamkan dgn lebih jelas lagi, anda boleh datang melawat mana-mana kedai yg menjual motosikal bg bertanyakan pihak penjual sendiri mengenai motor yg anda idamkan. Pihak kedai tentunya akan melayan anda dgn baik sekali dan anda harus bertanyakan tentang apa sahaja mengenai persoalan berkaitan dgn motor tersebut spt harga, proses-proses pembelian, warna, insuran, ‘free gift’ sekiranya ada dan dokumen yg diperlukan oleh kedai. Anda dinasihatkan agar tak mengunjungi hanya satu kedai sahaja, tetapi berkunjunglah banyak kedai motorsikal utk melihat harga dan tawaran yg terbaik.

4-Proses pembelian motosikal

Untuk pengetahuan asas anda, proses pembelian motor baru mempunyai tiga pilihan yg berbeza iaitu pembelian secara tunai, bayaran motosikal melalui potongan bank (Aeon Credit), dan bayaran deposit dgn pihak kedai. Sebagai pemahaman yg lebih jelas lagi pembelian secara tunai bererti anda melakukan bayaran keseluruhan harga motosikal tersebut tanpa hutang, bg pembelian motosikal melalui pihak bank pula, anda perlu melakukan permohonan terlebih dahulu dgn menghantar sekurang-kurangnya tiga bulan slip gaji dan lesen, sekiranya permohonan anda diluluskan (proses dlm anggaran sebulan), anda perlu melakukan bayaran deposit motosikal dan setiap bulan bayaran ansuran motosikal dipotong melalui akaun anda. Proses ini selalunya diuruskan oleh Aeon Credit.

Bayaran deposit dgn pihak kedai pula, anda hanya perlu berurusan terus dgn pihak kedai itu sendiri spt melakukan bayaran deposit, bukit pendapatan atau slip gaji dan setiap bulan anda perlu melakukan bayaran tunai terus kpd pihak kedai utk bayaran ansuran bulanan motosikal tersebut.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat utk anda semua!


Carian Berkaitan

bayaran deposit motosikal

Loading...

Tags: #Baru #Membuat #Motosikal #Panduan #Pembelian #Sebelum

author
Author: 
    The Berlian Job (Karya 12)
    The Berlian Job (Karya 12)
    Saksikan telefilem The Berlian Job arahan pengarah
    Nur 3 Pagi (TV3)
    Nur 3 Pagi (TV3)
    Sempena Maal Hijrah, TV3 akan menayangkan telefilem
    Drama Red Velvet – Neelofa dan Alif Satar
    Drama Red Velvet – Neelofa dan Alif Satar
    Nantikan drama adaptasi novel Red Velvet karya
    Drama Red Velvet Lakonan Alif Satar, Neelofa
    Drama Red Velvet Lakonan Alif Satar, Neelofa
    Nantikan drama adaptasi novel Red Velvet karya

    Leave a reply "Panduan Sebelum Membuat Pembelian Motosikal Baru"

    Must read×

    Top