Panduan Penjagaan Tayar Kenderaan Yang Betul

In Terkini 132 views
MENJADI satu kewajipan kpd setiap penguna kenderaan di jalan raya utk memastikan setiap kompenen kenderaan termasuk enjin berada dlm keadaan baik dan selamat. Seperti kompenan lain, tayar juga adalah salah satu bahagian yg perlu dititik beratkan dan diberi keutamaan dlm penjagaannya supaya ia sentiasa dlm keadaan terbaik dan sekaligus ia mampu memanjangkan jangka hayat pengunaan tayar tersebut. Tapi bagaimana cara penjagaan tayar yang betul agar bertahan lebih lama?

Sekiranya tayar tak dijaga dgn rapi ia boleh menjadi punca-punca kpd kemalangan dan sbgnya. Disini terdapat beberapa panduan dlm penjagaan tayar kenderaan yg anda patut ketahui.

Panduan Penjagaan Tayar Kenderaan Yang Betul

1. Pemilihan Saiz Tayar Yang Bertepatan

Elemen paling penting dlm penjagaan tayar iaitu memilih saiz tayar yg sesuai dgn keupayaan kereta anda. Contoh, jika Proton Wira 1.3 dan hendak menggunakan sport rim, cukuplah setakat saiz rim 14 inci kerana jika menggunakan saiz 15 inci, kekuatan pecutan kereta akan menurun, speedometer tak merekodkan bacaan tepat, semua peralatan penyerap hentak akan lebih pendek jangka hayat.

Anda boleh perhatikan sendiri rangkaian nombor dan huruf yg tercetak timbul di permukaan tepi tayar. Apakah maksud disebalik tulisan tersebut? Contoh, 205/50 R 16 V bermaksud tayar itu mempunyai kelebaran 205 mm, ketebalan (dari rim ke permukaan jalan) adalah 50 peratus drpada kelebaran 205 mm dan utk kegunaan rim bersaiz 16 inci. Huruf V bermaksud, tayar itu sesuai utk kelajuan hingga 240 km / j tanpa menjejaskan kekuatan dan ketahanan tayar.

2. Semak Tekanan Angin Tayar Kereta

Pastikan anda sentiasa memeriksa tekanan angin (tyre pressure) seminggu sekali. Lakukan tekanan angin tayar kereta anda mengikut spesifikasi yg betul. Contoh, isikan tekanan angin tayar kereta dilingkungan 210-240 psi. Jika angin terlebih atau terkurang, ia akan memberi kesan kpd tayar kereta anda.

Antara kesannya adalah jika tekanan tayar kereta terlalu tinggi, tayar kereta anda bermasalah di bahagian tengah dan jika angin tayar terlalu kurang atau tak sekata berkemungkinan bahagian tepi tayar bermasalah berlaku.

3. Lakukan Pelarasan Tayar (Alignment & Balancing)

Pastikan anda lakukan pelarasan tayar anda (alignment & balancing) di pusat servis kereta utk setiap 10,000 km selang. Dengan melakukan pusingan tayar kereta ini, anda boleh mengekalkan kesamarataan tayar hadapan dan dibelakang.

Ini mengelakkan tayar kereta anda bergegar jika dipandu dgn kelajuan yg agak tinggi. Pelarasan tayar ini perlu dilakukan sekiranya anda telah menukar bearing, suspension arm, absorber dan lower arm bg mengelakkan masalah terhadap tayar anda.

4. Elakkan Letak Tayar Bertampal di Hadapan Kereta

Sekiranya anda ada masalah tayar bertampal spt bocor, pancit atau bunga telah haus, elakkan drpada diletakkan dibahagian depan kereta kerana tayar depan yg memacu kenderaan anda. Ini bg mengelakkan drpada berlakunya tayar meletup atau mengundang bahaya ketika anda sedang memandu dlm keadaan yg laju.

5. Pemeriksaan Thread Tayar

Pemeriksaan thread tayar secara berkala amat penting dlm memastikan tempoh hayat tayar anda dapat bertahan dgn lebih lama. Anda boleh lihat dgn mata kasar dan jika sekiranya thread kereta anda sudah melebihi hadnya, itu petanda sudah tiba masanya anda menukar tayar kereta anda.

Cara Ketahui Code Sidewall Tayar

Jom kita lihat dulu contoh code sidewall tayar:
                 

Kod tayar adalah P205/65 R16 95 V:

205- Kelebaran tayar 205mm 
65 – 65% ketebalan tayar drpada 205mm
R  – Binaan radikal 
16- Kegunaan rim 16″ 
95- Berat yg mampu ditanggung tayar 95 kg
V – Kelajuan maksimum tayar mampu meluncur 240km/j

Punca Kerosakan Tayar Kenderaan Anda 

1. Kerosakan di Sebelah Luar Kedua-dua Sisi Tayar

Jika anda lihat kerosakan spt ini, maka ianya berpunca drpada tayar yg tak cukup tekanan angin. Seperti yg sedia maklum, tekanan angin dlm tayar sememangnya akan berkurang setelah lama anda gunakan kenderaan anda.

2. Kerosakan di Bahagian Tengah

Kerosakan jenis ini lagi berbahaya kpd anda kerana ia berpunca drpada tekanan angin yg lebih dlm tayar kenderaan anda. Ia boleh mengundang risiko tayar meletup dgn tiba-tiba.

3. Kerosakan di Sebelah Bahagian Luar Bunga Tayar

Ini kerosakan yg sememangnya sentiasa berlaku. Kerosakan berpunca drpada alignment yg tak betul menyebabkan kerosakan tayar hanya sebelah sisi sahaja. Maka cepat-cepatlah lakukan alignment tayar kereta anda utk mengelakkan kerosakan makin banyak.

4. Kerosakan Cupping Wear

Dalam istilah lain dlm bahasa Inggeris ialah diagonal scalloping wear yg mana menunjukan kenderaan anda mempunyai masalah suspension.

5. Kerosakan di Sebelah Sisi Tayar

Kerosakan ini selalunya berlaku apabila anda terlanggar sesuatu yg tajam contohnya bongkah batu ataupun rubbing dgn sesuatu contohnya pembahagi jalan dan sbgnya.

Untuk ketahui lebih lanjut tentang penjagaan tayar kenderaan, anda boleh semak di ‘MyTayar’ atau ‘Panduan Penjagaan Tayar Kenderaan Yang Betul’.

Semoga perkongsian panduan ini dapat membantu anda dlm penjagaan tayar kenderaan anda!


Carian Berkaitan

angin tyre rim 16, angin tayar berkurang

Loading...

Tags: #Betul #Kenderaan #Panduan #Penjagaan #Tayar #Yang

author
Author: 
    Sinopsis Drama Mr London Ms Langkawi
    Sinopsis Drama Mr London Ms Langkawi
    Tajuk : Mr London Ms Langkawi Mula
    Telemovie Cinta Bersegi Segi Lakonan Mawar Rashid, Nazirul Mubin
    Telemovie Cinta Bersegi Segi Lakonan Mawar Rashid, Nazirul Mubin
    Saksikan telefilem Cinta Bersegi-Segi arahan Shuhaimi Lua.
    OST Drama Red Velvet
    OST Drama Red Velvet
    Dengarkan lagu tema drama Red Velvet berjudul
    Cinta Bersegi-Segi (TV9)
    Cinta Bersegi-Segi (TV9)
    Saksikan telefilem Cinta Bersegi-Segi arahan Shuhaimi Lua.

    Leave a reply "Panduan Penjagaan Tayar Kenderaan Yang Betul"

    Must read×

    Top