Oh My English! Level Up

In Terkini 77 views

Oh My English Level Up

Rancangan sitkom edutainment Oh My English! Level Up akan ditayangkan pd setiap hari Ahad mulai 1 Oktober 2017, jam 6.30 petang di Astro TVIQ (saluran 610) dan Astro Maya HD (saluran 135). Oh My English yg memasuki musim keenam ini membawakan beberapa barisan pelajar dan beberapa orang guru baharu.
Watak utama guru baharu iaitu Mr. James Blond lakonan Mark O’Dea dilantik sbg guru Bahasa Inggeris utk kelas 3 Merah. Beliau mempunyai perwatakan yg berbeza dgn guru Bahasa Inggeris pd musim sudah iaitu Mr. Middleton lakonan Zain Saidin. Mr. James Blond seorang yg kelam kabut dan bersahaja. Pada masa yg sama, beliau cuba utk menawan hati para pelajar namun niat beliau sering disalah anggap dan mengundang pdh pd diri sendiri. 
Watak guru-guru lain spt Cikgu Lakshmi lakonan Sangeetha Krishnasamy sbg guru Drama, Puan Hajar (Adibah Noor) sbg Pengetua sekolah, Encik Yusof (Tauke Raja Lawak) sbg Penolong Pengetua, Miss Soo (Carmen Soo) dan Cikgu Bedah (Sherry Al-Hadad) sbg guru Matematik.
Kemunculan semula Zack lakonan Juzzthin, bekas pelajar sekolah tersebut, kembali sbg guru sandaran. Jojie lakonan Nadiya Nisaa, kembali ke sekolah sbg Cikgu Jojie yg mengajar subjek Pendidikan Jasmani (PE). See Yew Soon lakonan Roax Tan juga kembali membuat penampilan istimewa dgn membawa watak sbg abang salah seorang pelajar baharu, See Mi Nau.
Barisan pelajar kelas 3 Merah pula ialah Ronaldo (Fimie Don) seorang Ketua Kelas yg sentiasa mahukan kelas 3 Merah menjadi kelas terbaik di SMK Ayer Dalam, Danial (Harris Alif), seorang pelajar macho yg bercita-cita utk menjadi pemain muzik, Sam (Timothy Deeran) seorang pemain permainan video tegar yg pendiam, Amelia (Yuna Rahim) seorang pelajar bijak tetapi sering gagal dlm peperiksaan dgn sengaja, Mawar (Nur Shahidah Abdullah) seorang yg suka berniaga dan menjadikan selebriti-selebriti berjaya sbg idola beliau, Fiona (Qistina Enara) seorang pelajar ceria yg sentiasa bersungguh-sungguh membuktikan kebijaksanaan beliau kpd rakan, See Mi Nau (Chen Su Ee) adik perempuan kpd See Yew Soon, serta Wan Yunus (Izzy Reef), pelajar berasal dr Kelantan yg mempunyai keyakinan diri yg rendah dan sering bercakap dlm Bahasa Inggeris dgn loghat Kelantan yg mencuit hati.

Carian Berkaitan

Oh My English James Blond, oh my english level up, oh my english level up James, oh ny english level up cikgu blonde

Tags: #English #Level

author
Author: 
    Drama My Coffee Prince Lakonan : Fattah Amin, Janna Nick, Fahrin Ahmad,
    Drama My Coffee Prince Lakonan : Fattah Amin, Janna Nick, Fahrin Ahmad,
    Nantikan adaptasi drama popular Korea Selatan bertajuk
    Kesempatan Kedua (TV3)
    Kesempatan Kedua (TV3)
    Saksikan telefilem Kesempatan Kedua lakonan Kaka Azraff,
    Sinopsis Drama Kisah Yang Hilang
    Sinopsis Drama Kisah Yang Hilang
    Tajuk : Kisah Yang Hilang Mula Tayangan
    Sinopsis Telemovie Psikosis
    Sinopsis Telemovie Psikosis
    Tajuk : Psikosis Tarikh : 18 November

    Leave a reply "Oh My English! Level Up"

    Must read×

    Top