Nasi Minyak Oren

In Makanan 31 views


Nasi Minyak Oren

Bahan-bahan
3 cawan beras Basmati
3 tangkai daun ketumbar, cincang kasar
1 cawan susu cair / susu sejat
3 cawan air
3 sudu besar jus oren sunquick
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
Sedikit pewarna oren – jika suka

Bahan Hiris
5 ulas bawang merah, dimayang
2 ulas bawang putih, ketuk dan cincang halus
2 cm halia, ketuk dan cincang
5 sudu besar minyak sapi utk menumis

Rempah Kasar
2 batang kulit kayu manis
3 biji bunga lawang
1 sudu kecil bunga cengkih
1 sudu kecil buah pelaga
3 helai daun pandan, simpul

Hiasan :  Bawang goreng, daun ketumbar, gajus goreng, kismis


Penyediaan :

  1. Cuci beras hingga bersih.  Rendam selama 1/2 jam.  Kemudian toskan.
  2. Dalam kuali kecil, panaskan minyak sapi, tumis bahan hiris hingga kekuningan.  Masukkan rempah kasar dan daun pandan, tumis hingga naik bau.
  3. Masukkan beras yg di toskan dan kacau rata selama 5 minit.
  4. Kemudian alihkan beras tadi ke dlm periuk nasi letrik, masukkan susu sejat, air, jus oren, garam, gula dan daun ketumbar.  Gaul rata,
  5. Masak spt biasa.  Apabila nasi telah masak, gemburkan nasi menggunakan garpu perlahan-lahan supaya nasi tak patah,
  6. Tabur bawang goreng, kismis dan gajus goreng.
  7. Sedia di hidang bersama kuah kari, kerutup atau kurma.
  8. Nasi Minyak Oren


Loading...

Tags: #Minyak #Nasi #Oren

author
Author: 
    Korean Bulgogi
    Korean Bulgogi
    Korean BulgogiBahan-bahan500g daging, hiris nipis1 labu bawang
    Steak Daging Mudah
    Steak Daging Mudah
    Steak Daging Mudah Bahan-bahan4 potong daging steak
    Roti John
    Roti John
    Roti John Bahan Inti Daging atau Ayam2
    Dendeng Daging
    Dendeng Daging
    Dendeng DagingBahan-bahan1 kilo daging lembu dipotong ketulan

    Leave a reply "Nasi Minyak Oren"

    Must read×

    Top