Nasi Minyak / Ghee Rice

In Makanan 25 views

Nasi Minyak / Ghee Rice

Bahan-bahan
3 cawan beras Basmati
3 sudu besar yoghurt, jika suka
3 tangkai daun ketumbar, cincang kasar
1 cawan susu cair / susu sejat
3 cawan air
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula

Bahan Hiris
5 ulas bawang merah, dimayang
2 ulas bawang putih, ketuk dan cincang halus
2 cm halia, ketuk dan cincang halus
5 sudu besar minyak sapi utk menumis

Rempah Kasar
2 batang kulit kayu manis
3 biji bunga lawang
1 sudu kecil bunga cengkih
1 sudu kecil buah pelaga
3 helai daun pandan, simpul

Hiasan :  Bawang goreng, daun ketumbar, gajus goreng, kismis

Penyediaan :

  1. Cuci beras hingga bersih.  Rendam selama 1 jam.  Kemudian toskan.
  2. Dalam kuali kecil, panaskan minyak sapi, tumis bahan hiris hingga kekuningan.  Masukkan rempah kasar dan daun pandan, tumis hingga naik bau.
  3. Masukkan beras yg di toskan dan kacau rata selama 5 minit.
  4. Kemudian alihkan beras tadi ke dlm periuk nasi letrik, masukkan yogurt di ikuti susu sejat, air, garam, gula dan daun ketumbar.  Gaul rata,
  5. Masak spt biasa.  Apabila nasi telah masak, gemburkan nasi menggunakan garpu perlahan-lahan supaya nasi tak patah,
  6. Tabur bawang goreng, kismis dan gajus goreng.
  7. Sedia di hidang bersama kuah kari, kerutup atau kurma.


Nasi Minyak / Ghee Rice

Loading...

Tags: #Ghee #Minyak #Nasi #Rice

author
Author: 
    Roti John
    Roti John
    Roti John Bahan Inti Daging atau Ayam2
    Dendeng Daging
    Dendeng Daging
    Dendeng DagingBahan-bahan1 kilo daging lembu dipotong ketulan
    Penne Pasta Marinara
    Penne Pasta Marinara
    Penne Pasta MarinaraBahan-bahan300 g penne pastaSedikit garam100
    Kerabu Buah Beka
    Kerabu Buah Beka
    Kerabu Buah Beka Bahan-bahan1 biji buah beka1

    Leave a reply "Nasi Minyak / Ghee Rice"

    Must read×

    Top