Nasi Kerabu, Sambal Tumis, Sambal Lada dan Sambal Ikan

In Makanan 133 views

Nasi Kerabu, Sambal Tumis, Sambal Lada dan Sambal Ikan

Bahan-bahan
2 pot beras brasmathi, cuci
30 kuntum bunga telang (ramas dan perah airnya)
Air secukupnya
sehelai daun pandan

Masukkan beras, air bunga dan air, gaul rata, rendam selama 20minit di dlm periuk nasi letrik.
Letak daun pandan dan tanak hingga masak.

Bahan Sambal Lada
10 tangkai cili padi
2 tangkai cili merah
5 biji limau kasturi
1 sudu besar cuka
garam dan gula secukup rasa
(Kisar hingga lumat, perasakan dgn garam dan gula)


Bahan Sambal Tumis
2 batang serai di ketuk
2 keping asam gelugor
5 cawan santan sederhana pekat
garam secukup rasa
2 sudu besar budu
2 sudu besar gula melaka racik

Bahan Kisar
10 tangkai cili kering (potong dan rendam dlm air panas, toskan)
2 ulas bawang putih
20 ulas bawang merah (kecil)
1 hiris halia

Cara-cara  :
Masukkan santan, serai, asam gelugor dan garam ke dlm periuk.  Masak hingga santan pecah minyak.
Kemudian masukkan bahan-bahan kisar, budu, garam, gula dan gula melaka secukupnya.
Reneh dgn api kecil hingga sambal tumis pekat dan pecah minyak.

Bahan Sambal Ikan
1/2 biji kelapa parut putih
2 ekor ikan kembung (bakar dan ambil isinya)
5 ulas bawang merah
1 batang serai, hiris bahagian putihnya
1 hiris halia
1 sudu besar gula melaka racik
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara :
Sangai kelapa hingga hampir kering tetapi jangan terlalu perang.
Tumbuk bawang, serai dan halia hingga lumat, perasakan dgn gula melaka, gula dan garam. Masukkan isi ikan dan tumbuk hingga sebati.  Masukkan kelapa dan tumbuk sambil di gaul rata.

Bahan Ulam (Hiris Halus)
Timun
Taugeh
Daun kesum
Daun serai kayu
Kubis jika suka

Bahan Gandingan
Telur masin
Keropok
Ikan celup tepung
Sambal Budu
Ayam goreng
Solok Lada
Bawang putih jeruk

Nasi Kerabu, Sambal Tumis, Sambal Lada dan Sambal Ikan

Carian Berkaitan

sambal tumis nasi kerabu

Loading...

Tags: #IKAN #Kerabu #Lada #Nasi #Sambal #Tumis

author
Author: 
    Roti John
    Roti John
    Roti John Bahan Inti Daging atau Ayam2
    Dendeng Daging
    Dendeng Daging
    Dendeng DagingBahan-bahan1 kilo daging lembu dipotong ketulan
    Penne Pasta Marinara
    Penne Pasta Marinara
    Penne Pasta MarinaraBahan-bahan300 g penne pastaSedikit garam100
    Kerabu Buah Beka
    Kerabu Buah Beka
    Kerabu Buah Beka Bahan-bahan1 biji buah beka1

    Leave a reply "Nasi Kerabu, Sambal Tumis, Sambal Lada dan Sambal Ikan"

    Must read×

    Top