Nasi Daging Utara

In Makanan 86 views

Nasi Daging Utara
Sumber : Che’ Nom

Bahan-Bahan
4 cawan beras basmathi, rendam selama 30 minit dan tos
500 gram daging, potong kiub besar anggaran 3″x4″
5 cawan air rebusan daging
1 cawan susu cair
1 helai daun pandan, carik dan simpul
2 1/2 sudu besar rempah kurma
1 batang serai, dititik
3 sudu besar minyak sapi
1 -2 sudu besar minyak sayuran
1/2 cawan tomato sup ATAU 1/4 cawan tomato puri
Sedikit kismis hitam

Bahan Rebusan Daging
1 sudu besar rempah kurma
2 inci halia, hiris nipis
Air dlm anggaran 7 cawan lebih

Bahan Tumis
1 biji bawang besar, hiris nipis
5 ulas bawang putih, hiris nipis
3 kuntum bunga lawang
2 batang kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
6 biji buah pelaga

Penyediaan
Rebus daging bersama air, halia dan rempah kurma hingga empuk. Angkat dan ketepikan.
Panaskan minyak sapi dan minyak sayuran di dlm periuk. Tumis bahan tumis bersama 3 sudu besar serbuk kurma, serai dan daun pandan. Kacau hingga naik bau dan kemudian masukkan beras yg telah ditos. Kacau lagi beras selama 1-2 minit.
Masukkan air rebusan daging bersama susu cair, tomato sup, kismis, daging yg direbus tadi dan juga garam secukup rasa. Kacau sedikit supaya sebati dan tutup. Masak di atas api sederhana. Kaedah yg sama jika anda menggunakan periuk nasi. Pindah ke periuk elektrik pd tahap ini dan biarkan nasi masak.
Setelah masak, gemburkan nasi dgn garfu perlahan-lahan supaya tak patah

Bahan utk air asam:
1 biji bawang besar, hiris nipis
2 biji tomato, potong kecil
6 biji cili merah, potong kecil
1 inci belacan, dibakar di atas api hingga wangi
1 mangkuk kecil air perahan asam jawa yg pekat
2 sudu besar sos ikan Thai
3 sudu besar gula
1-2 sudu kecil garam
1 sudu besar kerisik
Sedikit perahan jus limau nipis / limau kasturi

Gaulkan kesemua bahan air asam. Biarkan seketika supaya semua bahan air asam sebati.

Nasi Daging Utara

Carian Berkaitan

nasi daging utara di tv3

Loading...

Tags: #DAGING #Nasi #Utara

author
Author: 
    Swedish Meatball Ala Ikea
    Swedish Meatball Ala Ikea
    Swedish Meatball Ala IkeaBahan-bahan500 gm daging lembu
    Sup Udang Brocoli
    Sup Udang Brocoli
    Sup Udang BrocoliBahan-bahan3 ulas bawang merah –
    Nasi Tomyam Seafood Philips PPC HD2317
    Nasi Tomyam Seafood Philips PPC HD2317
    Nasi Tomyam Seafood Philips PPC HD2317By Kak
    Rainbow Checkeredboard Cake
    Rainbow Checkeredboard Cake
    Rainbow Checkeredboard CakeBy Kak Wan @ Resipicitarasawan Bahan-bahan430gm

    Leave a reply "Nasi Daging Utara"

    Must read×

    Top