Nasi Ayam Penyet

In Makanan 79 views


Nasi Ayam Penyet 
Sumber :  Fauziyah Arifin@Intai Dapur

Bahan A
1/2 ekor ayam (Saiz besar)
2 helai daun bay
2 batang serai (diketuk lebam)
1 sudu teh serbuk kunyit
1/2 kiub ‘pati ayam’
sedikit air (Air jangan lebih kerana akan membazir rempah rebusan.Sekadar tenggelamkan ayam saja)
sedikit garam

Bahan B (diblend halus)
1 biji bawang besar atau 8 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
3 biji buah keras
1 camca teh lada hitam
1 camca teh lada putih
1 camca teh jintan manis
1 camca teh jintan putih
2 camca teh ketumbar

Penyediaan :
Masukkan kesemua bahan A dan B kedalam periuk, tutup tudung periuk dan rebus dgn api perlahan utk mengelakan meruap.  Tutup periuk supaya ayam masak sempurna.
Proses merebus jangan terlalu lama kerana ayam akan hancur dan texture menjadi kurang menarik.
Balikkan ayam dgn perlahan dan rebus hingga ayam masak sampai ketulang.
Angkat dan asingkan ayam dr air rebusan.

* Simpan air rebusan utk merebus tempe, tauhu juga dlm bancuhan kremesan

Bahan C (Tepung gorengan Ayam)
125 gram Tepung Sagu
2 sudu besar ‘penuh’ tepung beras ‘Campuran’ (Cap 1 Gajah)
1 biji kuning telur
250 ml ‘air rebusan ayam’. (Keluarkan serai dan Daun bay. Masukkan kesemua air rebusan. Tambahkan air jika terkurang)
1/2 sudu teh baking powder

Cara-Cara Menyediakan nya
Satukan kesemua bahan C dlm bekas yg lain dan sebatikan.
Panaskan minyak dlm kuali.  Apabila minyak sudah panas, baru masukkan baking powder ke dlm adunan tepung dan ratakan sekali lagi.
Celup ayam kedalam adunan tepung dan goreng. Buat satu persatu.
Goreng jangan terlalu lama kerana ayam sudah sedia masak, sekadar menggaringkan tepung dibahagian luar sudah mencukupi.
Angkat dan toskan di atas tisu dapur.

Sambal Terasi Matang

Bahan A 
Minyak utk menggoreng
3 biji cili merah
20 biji cili padi merah
12 ulas bawang putih
2 biji bawang besar (dibelah 4)
2 biji tomato segar (dibelah 2)
2 inci belacan (sebesar 2 ibu jari)

Bahan B
1/2 keping Gula Melaka
Limau Kasturi
sedikit garam

Cara-Cara Menyediakan nya
Panaskan minyak dlm kuali dan goreng bahan A kecuali Tomato.
Apabila layu, masukkan tomato, goreng beberapa minit, angkat dan ditoskan.
Masukkan kedalam lesung, tumbuk bersama gula dan garam hingga 3/4 hancur.
Perah jus limau dan gaul sebati.

* Kalau nak saperti yg dijual direstoren, sambal ini boleh diblend kasar dan dicampur sedikit air.
Saya memang sediakan sambal yg pekat.

Tempe dan Tauhu Goreng
2 keping tempe (setiap keping dipotong 6)
2 keping tauhu (setiap keping dipotong 4)
Baki Air rebusan ayam diatas

Celupan : Baki Adunan Tepung Goreng Ayam tadi

Cara-Cara Menyediakan nya
Rebus tempe dan tauhu selama 1/2 jam dgn api yg sederhana supaya rempah ratus meresap dgn sebati.
Angkat dan celup dlm bancuhan tepung gorengan.
Panaskan minyak dlm kuali dan goreng hingga keperangan. Angkat dan toskan.

Kremesan Ayam Penyet

Bahan-bahan
125 gram Tepung Sagu (JANGAN diganti dgn tepung Tropika atau Kanji)
2 sudu besar ‘penuh’ tepung beras  ‘Campuran’ (Cap 1 Gajah. Kalau 3 Gajah utk kuih-muih)
200 ml air + 100ml Santan Pekat (saya guna 280 air rebusan ayam + 20 ml santan pekat)
1 biji kuning telur
1/2 sudu teh Double Action Baking Powder (saya masukkan 1 sudu teh Baking Powder biasa)
2 ulas bawang putih (dicincang halus) * Saya tak masukkan sebab dah campur air rebusan
Kiub ayam * Saya tak masukkan sebab dah campur air rebusan
sedikit garam

Cara-Cara Menyediakan nya
Satukan kesemua bahan (kecuali Baking Powder).  Aduk hingga rata.
Panaskan minyak. Aduk adunan baru masukan baking powder, kacau hingga rata.
Apabila minyak telah panas,  Kepok adunan dgn telapak tangan.
Ambil adunan dgn tangan dan liraikan adunan dgn jari secara berputar di atas minyak.
* Jarak tangan dr atas minyak lebih kurang 20-25cm sewaktu proses ‘mengurai’
*Ulang 3-4 genggam utk setiap kali menggoreng. Jika terlalu banyak nanti ia akan melekat antara-satu sama lain.
 Adunan akan menyebar memenuhi kuali.   Biarkan sedikit mengeras sebelum angkat hujungnya dan terus lipat 2.
Jangan sekali-kali mengacau atau ‘menguis’ selagi belum mengeras kerana akan menyebabkan ia melekat antara satu sama lain dan tak akan ‘bersarang’.
Setelah melipat, perlahan kan api sedikit supaya ia masak dgn sekata.
Goreng hingga warna keperangan.  Toskan dlm penapis yg berasalaskan kertas serap minyak.
Biarkan sejuk seketika sebelum masukkan kedalam bekas yg bertutup utk tahan lebih lama.
Besarkan sedikit api dan PASTIKAN minyak betul-betul panas, dan ulang hingga habis adunan.


Nasi Ayam Penyet

Loading...

Tags: #Ayam #Nasi #Penyet

author
Author: 
    Swedish Meatball Ala Ikea
    Swedish Meatball Ala Ikea
    Swedish Meatball Ala IkeaBahan-bahan500 gm daging lembu
    Sup Udang Brocoli
    Sup Udang Brocoli
    Sup Udang BrocoliBahan-bahan3 ulas bawang merah –
    Nasi Tomyam Seafood Philips PPC HD2317
    Nasi Tomyam Seafood Philips PPC HD2317
    Nasi Tomyam Seafood Philips PPC HD2317By Kak
    Rainbow Checkeredboard Cake
    Rainbow Checkeredboard Cake
    Rainbow Checkeredboard CakeBy Kak Wan @ Resipicitarasawan Bahan-bahan430gm

    Leave a reply "Nasi Ayam Penyet"

    Must read×

    Top