Nasi Ala Kak Wok

In Makanan 149 views

Nasi Ala Kak Wok
Sumber :  FB Rozmaliza Omar

Bahan-bahan
Nasi putih dimasak dgn daun pandan

Gulai Ayam Ala Kak Wok
4 labu bawang besar merah
5 ulas bawang putih
1 1/2 in  halia
1 1/2 in lengkuas
3 sudu besar rempah kari daging @ rempah gulai darat
2 sudu besar rempah kerutub
Carrot – dipotong 2″
Kacang panjang – dipotong 2″
Kentang potong kiub
Leher ayam, kaki ayam, sayap dan paha dipotong2 kecil.
Santan sederhana pekat
Garam dan gula nisan secukup rasa
1/2 kiub pati ayam

Penyediaan :
Kisar bawang merah, putih, halia dan lengkuas hingga lumat dan tumis sampai wangi.
Rempah kari dan rempah kerutub bancuh dgn air dan gaul pd ayam. Perap sekejap.
Kemudian masukkan ke dlm bahan-bahan yg ditumis tadi.
Masukkan kentang.  Masak sampai kentang dan ayam empuk.
Masukkan santan.  Masak hingga mendidih dan kuahnya sedikit pekat.
Masukkan carrot dan kacang panjang.
Perasakan garam, gula nisan dan serbuk perasa @ kiub ayam. Masak sekejap.

Ayam Goreng Ala Kak Wok
Ayam, cuci bersih, potong kecil
Bawang putih ditumbuk lumat
Garam dan 1/2 kiub pati ayam
2 in kunyit hidup di tumbuk lumat
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk cili

Penyediaan :
Lumur ayam dgn bahan-bahan diatas dan perapkan sekejap
Goreng dlm minyak terendam sampai sederhana garing
Angkat dan toskan.

Sambal Belacan Ala Kak Wok
4 biji cili kering – direbus dahulu
6 tangkai cili padi atau ikut pedas
2 tangkai cili merah, buang biji
2 inci belacan, bakar
1 labu bawang besar
1 labu bawang putih
Gula dan garam secukup rasa
Air asam jawa

Sangai tanpa minyak, cili kering, cili padi, cili merah, bawang besar dan bawang putih hingga layu.
Kisar atau tumbuk bersama belacan hingga halus.
Masukkan air asam jawa dan perasakan dgn gula dan garam secukupnya.


Nasi Ala Kak Wok

Loading...

Tags: #Nasi

author
Author: 
    Swedish Meatball Ala Ikea
    Swedish Meatball Ala Ikea
    Swedish Meatball Ala IkeaBahan-bahan500 gm daging lembu
    Sup Udang Brocoli
    Sup Udang Brocoli
    Sup Udang BrocoliBahan-bahan3 ulas bawang merah –
    Nasi Tomyam Seafood Philips PPC HD2317
    Nasi Tomyam Seafood Philips PPC HD2317
    Nasi Tomyam Seafood Philips PPC HD2317By Kak
    Rainbow Checkeredboard Cake
    Rainbow Checkeredboard Cake
    Rainbow Checkeredboard CakeBy Kak Wan @ Resipicitarasawan Bahan-bahan430gm

    Leave a reply "Nasi Ala Kak Wok"

    Must read×

    Top