Misteri Sofa Lama Lakonan Zarul Umbrella dan Intan Sarafina

In Terkini 312 views
Menerusi telefilem Misteri Sofa Lama, Zarul bergandingan dgn penyanyi Intan Sarafina, telemovie ini akan ditayangkan di Astro Citra dan Mustika HD pd Sabtu ini 22 April 2017 jam 10.00 malam.
Selepas mutu lakonannya menerusi drama Cik Serba Tahu mendapat reaksi positif, penyanyi Zarul Husin mengakui semakin jatuh cinta dgn kerjaya baharunya itu.
Bagaimanapun menurut Zarul, 44, dia perlu membahagikan masa dgn bidang nyanyian yg menjadi keutamaannya selain tanggungjawab sbg suami dan bapa.
“Memang dah mula seronok berlakon dan Alhamdulillah saya mendapat beberapa tawaran lagi.
“Namun saya tak boleh tamak utk terima semua tawaran. Perlu ambil kira jadual nyanyian juga. Tambahan pula bidang lakonan menuntut komitmen masa yg panjang,” katanya ketika dihubungi mStar Online pd Isnin.
Akui Zarul lagi, dia pernah menolak satu tawaran utk membintangi sebuah drama sebanyak 50 episod kerana bimbang gagal memberi komitmen yg baik.
“Saya terpaksa tolak kerana berlakon sangat memenatkan. Kalau terlibat dlm drama berepisod yg panjang, saya takut tak boleh fokus.
“Daripada mengecewakan banyak pihak, lebih baik saya tolak sejak awal. Lagi pun faktor usia membuatkan saya perlu bijak bahagikan masa antara kerja dan rehat,” katanya.
Lakonan Zarul menerusi drama Cik Serba Tahu yg ditayangkan di Astro Ria mendapat pujian banyak pihak walaupun pertama kali terlibat dlm dunia lakonan.
Walaupun muncul bersama ramai pelakon berpengalaman spt Remy Ishak, Sari Yanti, Dynas Mokhtar, Iedil Putra dan Ako Mustapha, Zarul dilihat berjaya menjiwai watak yg digalasnya dgn baik.
Bercerita lanjut mengenai bidang lakonan, vokalis kumpulan Umbrella itu berkata dia semakin ‘ketagih’ utk kembali beraksi di set pengambaran jika mendapat tawaran yg bersesuaian.
“Tak sangka pula lakonan saya diterima baik penonton. Rasa ketagih nak berlakon lagi apabila cubaan pertama saya dihargai.
“Ini permulaan yg baik, saya sangat hargai sokongan dan maklum balas yg diberikan,” katanya.
Selain itu tambah Zarul, dia bakal muncul menerusi sebuah telefilem berjudul Misteri Sofa Lama pd 22 April ini menerusi saluran Astro Citra.
“Ini lakonan kedua saya dan Alhamdulillah saya diberikan watak utama. Telefilem ini tentunya lebih mencabar kerana ia merupakan sebuah cerita seram.
“Cerita ini lebih berat, banyak mainan emosi dan ekspresi wajah. Saya cuba lakukan yg terbaik dan harap akan mendapat komen yg membina drpada penonton,” katanya.

Carian Berkaitan

misteri sofa lama, tempat pengambaran drama inspector Daniel

Tags: #Intan #Lakonan #Lama #Misteri #Sarafina #Sofa #Umbrella #Zarul

author
Author: 
    Ahmad Rosli Arwahkan Ketua Kampung (TV3)
    Ahmad Rosli Arwahkan Ketua Kampung (TV3)
    Nantikan drama bersiri berjudul ‘Ahmad Rosli Arwahkan
    Drama Aku Di Sisimu (TV1)
    Drama Aku Di Sisimu (TV1)
    RMT akan menyiarkan drama bersiri Aku Di
    Drama Monalisa (Astro Prima)
    Drama Monalisa (Astro Prima)
    Nantikan drama bersiri Mona Lisa adaptasi drpada
    Sinopsis Drama Mandatori
    Sinopsis Drama Mandatori
    Tajuk : Mandatori Mula Tayangan : 14

    Leave a reply "Misteri Sofa Lama Lakonan Zarul Umbrella dan Intan Sarafina"

    Must read×

    Top