Mamaku Guru Besar (TV1)

In Terkini 197 views

Mamaku Guru Besar

Sempena sambutan Hari Guru, RTM akan menyiarkan telefilem bertajuk Mamaku Guru Besar lakonan Fazlina Dato Ahmad Daud, Hanis Kamal Bakar, Mahmood Ali Basha, Sura Sojangi dan ramai lagi. Ditayangkan hari Sabtu ini jam 9 malam di saluran TV1. 
JUDUL : MAMAKU GURU BESAR
TARIKH / MASA : Sabtu, 13 Mei 2017, 9.00 malam
SIARAN : Slot Panggung Seri (TV1 RTM)
SKRIP : Rosmadewi Zin
IDEA ASAL : Engku Seri Kelantan 
PENGARAH : Adam Hamid
TERBITAN : SRS Production Sdn Bhd 
PELAKON : Fazlina Ahmad Daud, Hanis Kamal Bakar, Mahmood Ali Basha, Sura Sojangi, Shakilla Koriri, Mak Wan.
SINOPSIS MAMAKU GURU BESAR
Mengisahkan Cikgu Zabedah, seorang guru besar cemerlang di sebuah sekolah rendah di Kota Bharu, Kelantan. Berlaku perubahan sikap dan karakter ke atas Cikgu Zabedah yg suka berleter serta cerewet dlm pentadbiran sekolah. Gelagat serta ketegasan yg keterlaluan membuatkan Cikgu Zabedah tak disenangi oleh beberapa orang guru di sekolahnya. 
Di rumah Cikgu Zabedah memaparkan perwatakan yg berlainan terhadap suaminya, Pak Mustafa dan memperlakukan suaminya itu spt pemandunya. Pak Mustafa seorang usahawan yg berjaya dlm bidang pengurusan sekolah memandu. 
Mereka suami isteri selalu bergaduh kerana perbezaan pendapat, nilai dan prinsip masingmasing. Tambahan pula cara mendidik anak bongsu mereka yg berlainan. Cikgu Zabedah menyerahkan kesemua tanggungjawab mengurusan hal ehwal rumah, pakaian serta makan minum sekeluarga pd orang gaji dr Indonesia iaitu Bibik Sunari. 
Muiz, adalah anak bongsu dan seorang pelajar cemerlang. Muiz telah berubah menjadi pelajar yg sering ponteng sekolah apabila segala kemahuannya dipenuhi oleh Cikgu Zabedah. 
Pengaruh rakan sekolah juga menyebabkan Muiz ponteng sekolah, jadi remaja liar dan berhasrat mahu melarikan diri. 
Pelbagai insiden yg berlaku menyebabkan Cikgu Zabedah cuba utk mengubah diri dan prinsip yg dipegangnya. Namun masihkah ada peluang utk Cikgu Zabedah? Dapatkah Pak Mustafa memaafkan isterinya itu? Siapakah yg berjaya mengubah Muiz? 

Tags: #Besar #Guru #Mamaku

author
Author: 
    Pok Ya Cong Codei (Astro Citra)
    Pok Ya Cong Codei (Astro Citra)
    Jangan ketinggalan utk menyaksikan telefilem bertajuk Pok
    Drama Sara Kirana
    Drama Sara Kirana
    Nantikan drama bertajuk Sara Kirana adaptasi drpada
    Drama Papa Nak Menantu [Slot Dahlia TV3]
    Drama Papa Nak Menantu [Slot Dahlia TV3]
    DRAMA : PAPA NAK MENANTU  BERMULA :

    Leave a reply "Mamaku Guru Besar (TV1)"

    Must read×

    Top