Malaysia siasat ikut peraturan – Najib

In Terkini 48 views

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak berucap pada majlis perasmian Persidangan Antarabangsa Agama dan Kelestarian Ketamadunan di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), hari ini. – Foto Sairien Nafis

KUALA LUMPUR: Kerajaan Korea Utara perlu memahami yang Malaysia terikat dengan peraturan dan undang-undang dalam menyiasat kematian Kim Jong-nam, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, Tak ada sebab mengapa Malaysia hendak melakukan sesuatu yang boleh menyebabkan imej Korea Utara terjejas dalam kes pembunuhan Jong-nam.

“Polis dan doktor kami sangat profesional. Saya penuh keyakinan yang mereka sangat objektif dengan apa yang mereka lakukan (dalam kes pembunuhan itu).

“Kami Tak ada sebab untuk melakukan sesuatu yg boleh membuatkan imej Korea Utara terjejas. Kami akan lebih objektif dan berharap mereka (kerajaan Korea Utara) memahami bahawa Malaysia melaksanakan (siasatan) mengikut peraturan undang-undang,” katanya kepada media, sebentar tadi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan kononnya Korea Utara hilang kepercayaan kepada polis Malaysia dalam siasatan kes pembunuhan Jong-nam, abang kepada Presiden Kim Jong-un, minggu lalu.

Korea Utara turut meminta untuk menjalankan siasatan bersama dengan Malaysia dalam kes berkenaan.

Terdahulu, Najib merasmikan Persidangan Antarabangsa Agama dan Kelestarian Ketamadunan di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), hari ini.

Malaysia siasat ikut peraturan – Najib

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Tags: #ikut #Malaysia #Najib #peraturan #siasat

author
Author: 
    [BIODATA] Farah Nabilah
    [BIODATA] Farah Nabilah
    Nama : Farah Nabilah binti Saipuddin Nama
    [SINOPSIS NOVEL] Mr.Grey
    [SINOPSIS NOVEL] Mr.Grey
    Sinopsis Novel Setia itu mahal yg tak
    [SINOPSIS] Salju Kyoto
    [SINOPSIS] Salju Kyoto
    Sinopsis Novel ‘When a man truly loves
    [SINOPSIS] Jangan Menangis Cinta
    [SINOPSIS] Jangan Menangis Cinta
    Sinopsis Novel Riyana seorang gadis dr keluarga

    Leave a reply "Malaysia siasat ikut peraturan – Najib"

    Must read×

    Top