Madu 3 Suku (TV1)

In Terkini 53 views

Madu 3 Suku

Saksikan telefilem Madu 3 Suku yg akan mengisi slot Panggung Ahad pd 6 Ogos ini, pukul 10.05 pagi di TV1. Menampilkan lakonan Eizlan Yusof sbg Haji Rahim juga Jasmin Hamid, Puteri Najwa, dan Mardiana Alwi.
JUDUL : MADU 3 SUKU 
TARIKH / MASA : Ahad, 6 Ogos 2017, 10.00 pagi
SIARAN : Slot Panggung Ahad (TV1,RTM)
SKRIP : Zaharuddin Md Desa 
PENGARAH : Hasnul Hadi 
TERBITAN : Maficomm Resources Sdn Bhd / KLP Creative Sdn Bhd
PELAKON : Eizlan Yusof, Jasmin Hamid, Puteri Najwa, Mardiana Alwi, Man Raja Lawak, Fara Mendoza, 

SINOPSIS MADU 3 SUKU 
Kisah Haji Rahim sudah mempunyai dua orang isteri dan isteri-isterinya saling berbaik. Namun Haji Rahim merasa dirinya makin tersisih dr perhatian dan kasih sayang dua orang isterinya. Melati, isteri pertama sibuk denan persatuan dan menguruskan masalah oang lain. Manakala Kuntum, isteri keduanya pula sibuk dgn perniagaan bakerinya dan juga sedang berdepan dgn saingan niaga dr Borhan, bekas suaminya sendiri.
Haji Rahim rasa terabai lalu mengambil keputusan utk bercuti seorang diri utk hiburkan hati. Sedang bercuti, lain pula yg dijumpanya. Haji Rahim bertemu dgn Seroja. Penampilan luaran Seroja yg riang, kelakar dan manja menarik hatinya. Haji Rahim merasa dirinya jatuh cinta lagi namun utk awal waktu Haji Rahim cuba kawal diri. Sehinggalah Haji Rahim terlibat dlm satu insiden selamatkan Seroja dr jadi mangsa cemburu dan ekoran dr itu, Haji Rahim sudah tak dapat menahan rasa cintanya pd Seroja. 
Haji Rahim mahu berkahwin dgn Seroja. Cuma yg jadi penghalang ketika itu adalah janji Haji Rahim sendiri pd Melati dan Kuntum. Waktu Melati izinkan Haji Rahim berkahwin dgn Kuntum dan waktu Kuntum merelakan diri bermadu dgn sepupunya sendiri, keduanya menegaskan, tak ada madu lagi selepas itu. Kalau Haji Rahim langgar janjinya, semua harta milik Haji Rahim akan jadi milik Melati dan Kuntum. Janji itu membuatkan Haji Rahim pening sendiri dlm menahan diri dan cintanya pd Seroja.
Selepas pulang drpada bercuti, Haji Rahim telah berkahwin dgn Ejah yg menyebabkan Mastura dan Eisya menjadi marah lalu mengeluarkan surat perjanjian perkahwinan mereka yg membolehkan Haji Rahim kehilangan semua hartanya.

Loading...

Tags: #Madu #Suku

author
Author: 
    Hijrah Di Ufuk Senja
    Hijrah Di Ufuk Senja
    Telefilem khas sempena Maal Hijrah bertajuk Hijrah
    Janji Allah (TV1)
    Janji Allah (TV1)
    RTM akan menyiarkan telefilem istimewa Maal Hijrah
    Telemovie Dosa Perempuan Lakonan Redza Rosli, Nad Zainal, Mira Filzah
    Telemovie Dosa Perempuan Lakonan Redza Rosli, Nad Zainal, Mira Filzah
    Jangan lupa saksikan telefilem Dosa Perempuan arahan

    Leave a reply "Madu 3 Suku (TV1)"

    Must read×

    Top