Lontong Johor

In Makanan 135 views

Lontong Johor
Sumber :  CMG@Dapur Tanpa Sempadan

Bahan-bahan Kuah Lodeh
8 tangkai kacang panjang, hiris serong
2 keping tauhu, dipotong kiub (nak goreng sedikit pun boleh, tapi cm tak goreng)
50 gram fucuk @ tauhu kering, potong kecil dan rendam hingga lembut
1 batang lobak merah saiz sederhana, dipotong spt anak mancis
1 biji sengkuang saiz kecil, dipotong spt anak mancis
3 keping tempe, dipotong kiub
1/4 bahagian kobis bulat, dihiris kecil
1 biji kentang saiz besar, kupas dan potong spt anak mancis
1200 ml santan cair
400 ml pati santan
Air jika perlu
1 cekak soo hoon, kerat pendek
2 batang serai, dititik
1/2 inci lengkuas, diketuk
1 kiub pati ikan bilis
3/4 camca teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar Halus
1 biji bawang besar
4 biji bawang putih
3 ulas bawang putih
2 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan

Bahan Sampingan
Nasi impit @ ketupat
Serunding
Sambal tumis @ sambal kacang
Telur rebus, dibelah dua

Cara membuatnya :

1.  Panaskan sedikit minyak dlm periuk (anggaran 1/4 cawan), tumis serai titik dan lengkuas hingga harum. Masukkan bahan kisar halus dan serbuk kunyit. Kacau rata dan masak hingga terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu.
2.  Masukkan lobak merah, sengkuang dan kentang. Kacau rata dan tuang santan cair. Biar mendidih. Masukkan kiub ikan bilis, tempe dan fucuk (toskan). Masak hingga semua lembut. Masukkan kacang panjang, tauhu dan kobis. Jika kurang kuah, boleh tambah sedikit air. Biar mendidih.
3.  Tuang pati santan dan perasakan dgn garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali masukkan soo hoon, kacau dan masak dgn api sederhana hingga soo hoon lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Boleh hidangkan bersama ketupat/nasi impit, serunding, sambal tumis dan telur rebus.

CATATAN MAT GEBU :- Soo hoon tak perlu direndam, anda cuma perlu lalukan dibawah air paip sebelum anda masukkan ke dlm sayur lodeh. Masak dgn api sederhana hingga soo hoon kembang, tips ini akan membuat sayur lodeh anda lebih pekat.

Serunding Ikan Bilis
Bahan-bahan
2 genggam ikan bilis, dibersihkan dan rendam
3 cawan kelapa parut (pilih kelapa yg muda sikit)*
1/2 camca teh serbuk kunyit*(*gaul rata)
2 camca teh jus asam jawa
3 helai daun limau purut
2 camca besar cili kisar
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar Halus
8 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci lengkuas
4 batang serai, hiris halus
1 1/2 camca besar ketumbar biji
1 camca teh jintan kasar
1 camca teh jintan halus

Cara Membuatnya :

1. Goreng tanpa minyak kelapa tadi hingga suam, angkat dan sejukkan. Ikan bilis ditoskan, perah dan tumbuk halus. Ketepikan. Panaskan minyak dlm kuali, tumis cili hingga garing, masukkan bahan kisar halus dan masak hingga garing, guna api kecil dan kacau selalu.

2. Masukkan jus asam jawa, sedikit garam dan gula secukup rasa (selalunya serunding sedikit manis). Kacau rata dan bila pekat, masukkan kelapa tadi. Tambah daun limau purut, kacau rata dan masak dgn api kecil hingga serunding berderai (tapi tak terlalu kering). Rasa dan jika ok boleh matikan  api. Biar sejuk sebelum disimpan.

Sambal Ikan Bilis
Bahan-bahan :
1 genggam ikan bilis, dibersihkan dan rendam
2 senduk nasi cili kisar
1/2 camca besar pes asam jawa
1 biji bawang besar, hiris kasar
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air

Bahan Kisar Halus :
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 inci belacan

Cara Membuatnya :

1.  Panaskan minyak dlm kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing, guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan pes asam jawa dan kacau rata.
2.  Tambah gula dan garam secukup rasa, masukkan hirisan bawang besar. Toskan ikan bilis, perah dan masukkan ke dlm sambal, tambah sedikit air. Gaul rata dan masak dgn api kecil hingga sambal pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api.

Lontong Johor

Tags: #JOHOR #Lontong

author
Author: 
    RESEPI OREO CHEESECAKE TANPA BAKAR
    RESEPI OREO CHEESECAKE TANPA BAKAR
    RESEPI OREO CHEESECAKE TANPA BAKAR BAHAN-BAHAN: 36
    RESEPI BISKUT MAKMUR
    RESEPI BISKUT MAKMUR
    RESIPI BISKUT MAKMUR BAHAN-BAHAN *4cawan tepung gandum*1
    RESEPI PERAP AYAM BAKAR
    RESEPI PERAP AYAM BAKAR
    RESEPI PERAP AYAM BAKAR BAHAN-BAHAN 1 ekor
    RESEPI KEK KUKUS PANDAN
    RESEPI KEK KUKUS PANDAN
    RESEPI KEK KUKUS PANDAN BAHAN-BAHAN 1 cawan

    Leave a reply "Lontong Johor"

    Must read×

    Top