Laksa Lemak Nyonya / Nyonya Laksa

In Makanan 58 views

Laksa Lemak Nyonya / Nyonya Laksa

Air Rebusan Udang
400 gm udang kecil buang kulit, asingkan isinya
minyak utk menumis
1 liter air

Penyediaan Air Rebusan Udang
Cuci kulit udang, toskan.
Panaskan minyak, masukkan kulit udang dan goreng hingga kemerahan.
Masukkan air dan biar mendidih.  Angkat dan tapis.
Simpan air rebusan utk di guna kemudian.

Bahan-bahan
1 kg laksa (kering atau basah)
1 packet fish ball
4-5 keping tauhu poket, belah 2
1 cawan santan pekat atau 1 paket santan kotak kecil
4 tangkai daun kesum
Gula dan garam secukupnya
Telur rebus
Udang – di celur
Taugeh – di celur

Bahan Kisar 
2 sudu besar udang kering atau udang basah
4 sudu besar cili kisar
4 hiris lengkuas
4 biji buah keras
1 inci kunyit
3 ulas bawang putih
8 ulas bawang merah
1 inci belacan (bakar sebentar)
4 batang serai ambil bahagian putih

Cara-cara :
Panaskan minyak, tumis bahan-bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
Tuang air rebusan udang.  Masak hingga mendidih.
Masukkan daun kesum, garam dan gula dan biarkan kuah mereneh selama 10-15 minit.
Masukkan santan, kacau rata dan biarkan kuah mendidih.
Masukkan tofu dan fish ball.
Biar kuah mendidih seketika, angkat dr api.
Untung menghidang, masukkan laksa ke dlm mangkuk, tuang kuah dan letak udang celur, taugeh atau hirisan timun jika suka.

Sambal Cili
5 sudu besar cili kisar
Sedikit minyak utk menumis
Gula dan garam secukup rasa.

Panaskan minyak, tumis cili hingga pecah minyak.
Masukkan gula dan garam secukupnya.
Hidang bersama laksa jika suka pedas.


Laksa Lemak Nyonya / Nyonya Laksa

Loading...

Tags: #Laksa #Lemak #Nyonya

author
Author: 
    Swedish Meatball Ala Ikea
    Swedish Meatball Ala Ikea
    Swedish Meatball Ala IkeaBahan-bahan500 gm daging lembu
    Sup Udang Brocoli
    Sup Udang Brocoli
    Sup Udang BrocoliBahan-bahan3 ulas bawang merah –
    Nasi Tomyam Seafood Philips PPC HD2317
    Nasi Tomyam Seafood Philips PPC HD2317
    Nasi Tomyam Seafood Philips PPC HD2317By Kak
    Rainbow Checkeredboard Cake
    Rainbow Checkeredboard Cake
    Rainbow Checkeredboard CakeBy Kak Wan @ Resipicitarasawan Bahan-bahan430gm

    Leave a reply "Laksa Lemak Nyonya / Nyonya Laksa"

    Must read×

    Top