Kurma Telur

In Makanan 72 views

Kurma Telur
Sumber : MaDiHaA aka Ratna

Bahan-bahan
5 biji telor rebus, kupas dan goreng hingga berkulit
2 biji ubi kentang – potong dan goreng sebentar
5 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
2 cm halia* (bahan bertanda* boleh ditumbuk atau dimayang halus)
3 sudu besar rempah kurma – campur sikit air jadikan pes
2 cawan santan sederhana pekat
2 biji cili hijau dibelah dua atau 6 biji cili padi
Tomato jika suka
1 biji bawang besar ~ dibelah 6
1 keping asam gelugur
Garam & gula secukup rasa
Minyak utk menumis

Rempah tumisan
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

Cara menyediakan
Panaskan minyak masak. Tumis rempah tumisan hingga wangi. Masukkan bahan tumbuk/mayang dan biar hingga wangi. Masukkan pes kurma dan kacau rata hingga naik minyak.
Masukkan santan, kentang, garam dan gula.
Masak hingga kentang empuk sambil dikacau supaya santan tak membuak.
Masukkan asam gelugur, telur rebus yg telah digoreng, bawang besar dan cili. Masak sekejap Akhir sekali masukkan tomato. Kacau sekejap bolehlah matikan api.
Hidang dgn taburan bawang goreng dan daun ketumbar.

Kurma Telur

Tags: #KURMA #Telur

author
Author: 
    RESEPI CHAR KUE TEOW MUDAH DAN SEDAP
    RESEPI CHAR KUE TEOW MUDAH DAN SEDAP
    RESEPI CHAR KUE TEOW MUDAH DAN SEDAP
    RESEPI NASI TOMATO
    RESEPI NASI TOMATO
    RESEPI NASI TOMATO BAHAN NASI 4 cawan
    Swissroll Cinta Hati
    Swissroll Cinta Hati
    Swissroll Cinta Hati Bahan Adunan Hati85 gm
    Cucur Spiral Spaghetti
    Cucur Spiral Spaghetti
    Cucur Spiral SpaghettiBahan-bahan100 gm spiral spaghetti San

    Leave a reply "Kurma Telur"

    Must read×

    Top