Kuih Ros / Kembang Goyang / Kuih Lotus

In Makanan 181 views

Kuih Ros / Kembang Goyang / Kuih Lotus

Bahan-bahan
2 cawan tepung beras
1 cawan gula
2 biji telur A
1/2 cawan santan kotak
1/2 cawan air

Minyak utk menggoreng
Acuan Kuih Ros
Acuan kecil bulat atau melengkung utk membentuk kuih

Penyediaan :
Satukan semua bahan ke dlm mangkuk, whisk hingga rata dan tak berketul.  Tapis.
Panaskan minyak, rendam acuan hingga panas.   Adunan tak akan melekat jika acuan tak betul-betul panas.
Angkat acuan, goncang sedikit supaya minyak tak meleleh di acuan.
Kemudian celup ke dlm adunan tetapi jangan sampai ke permukaan atas acuan kerana kuih akan melekat.
Goncang ringan utk mengeluarkan adunan berlebihan.
Rendam seketika di dlm minyak, kemudian goncang ringan supaya kuih terlepas keluar.

Kecilkan sedikit api jika terlalu panas.  Goreng beberapa saat.
Apabila hampir perang, angkat menggunakan penyepit dan alihkan ke atas acuan melengkung supaya kuih membentuk bunga melengkung.  K1 menggunakan acuan cakepop sbg dasar.

Apabila kuih telah mengeras, simpan di dlm bekas kedap udara.

Untuk Kuih Ros Coklat
Tambahkan 1 sudu serbuk coklat, kemudian tapis adunan dan masukkan 2 sudu besar bijan

Kuih Ros Coklat dan Bijan

Untuk kuih ros berwarna, tambahkan pewarna yg disukai.


Kuih Ros / Kembang Goyang / Kuih Lotus

Loading...

Tags: #Goyang #Kembang #Kuih #Lotus

author
Author: 
    Swedish Meatball Ala Ikea
    Swedish Meatball Ala Ikea
    Swedish Meatball Ala IkeaBahan-bahan500 gm daging lembu
    Sup Udang Brocoli
    Sup Udang Brocoli
    Sup Udang BrocoliBahan-bahan3 ulas bawang merah –
    Nasi Tomyam Seafood Philips PPC HD2317
    Nasi Tomyam Seafood Philips PPC HD2317
    Nasi Tomyam Seafood Philips PPC HD2317By Kak
    Rainbow Checkeredboard Cake
    Rainbow Checkeredboard Cake
    Rainbow Checkeredboard CakeBy Kak Wan @ Resipicitarasawan Bahan-bahan430gm

    Leave a reply "Kuih Ros / Kembang Goyang / Kuih Lotus"

    Must read×

    Top