Kuih Keladi Kukus / Steamed Yam Cake

In Makanan 205 views

Kuih Keladi Kukus / Steamed Yam Cake

Bahan A

300gm keladi, dikupas dan potong dadu
50gm udang kering, direndam 10 minit dan toskan
6 biji bawang merah, dihiris halus
1 biji cili merah, di hiris
3 sudu besar minyak masak
Daun sup/bawang secukupnya

Bahan B

170 gm tepung beras
40 gm tepung ubi
500 ml air
1 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
1/4 sudu teh serbuk 5 rempah ( chinese 5 spices)
1/2 sudu teh serbuk pati ayam 

Bancuh bahan A dan ketepikan.

Loyang 8 x 8in – di gris minyak dan alas plastik tahan haba

Cara-cara :

Panaskan minyak, goreng keladi hingga sedikit perang.  Toskan.
Dalam kuali yg sama, goreng bawang merah hingga perang.  Toskan.
Tinggalkan 3 sudu besar minyak dlm kuali kemudian goreng udang kering hingga perang.
Tuang bancuhan tepung tadi.  Kacau rata, masak dgn api kecil.
Kemudian masuk keladi, bawang goreng, cili, daun sup dan daun bawang.
Masak dgn api perlahan dan sentiasa di kacau.
Bila mula pekat tutup api, kacau biar rata.  Tuang ke dlm loyang dan ratakan permukaannya.
Kukus selama 30 – 40 minit.  Angkat dan biarkan kuih betul-betul sejuk sebelum di potong.
Potong 16 kepingan utk loyang 8in.
Sapu atau pipe sos cili di atasnya dan taburan hiasan atas.

** Kuih ini juga boleh di goreng dgn minyak yg sedikit hingga keperangan.

Hiasan Atas
1 cawan isi udang kecil
1/4 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
Daun bawang dan daun sup di hiris halus
Cili merah di hiris
Sedikit minyak utk menumis

Panaskan minyak, tumis udang hingga kemerahan.  Masukkan garam dan serbuk lada sulah.
Kacau dan tutup api.
gaul bersama hirisan daun sup dan cili.
Tabur di atas kuih keladi

Kuih Keladi Kukus / Steamed Yam Cake

Tags: #Cake #Keladi #Kuih #Kukus #Steamed

author
Author: 
    RESEPI CUCUR MILO
    RESEPI CUCUR MILO
    RESEPI CUCUR MILO BAHAN-BAHAN 2 cawan tepung
    RESEPI KEK SARANG SEMUT PALING SEDAP
    RESEPI KEK SARANG SEMUT PALING SEDAP
    RESEPI KEK SARANG SEMUT PALING SEDAP Bahan
    Cekodok Durian
    Cekodok Durian
    Cekodok DurianBahan-bahan :3 ulas isi durian, lecek
    RESEPI KEK LELEH BERHANTU
    RESEPI KEK LELEH BERHANTU
    RESEPI KEK LELEH BERHANTU BAHAN A1 3/4

    Leave a reply "Kuih Keladi Kukus / Steamed Yam Cake"

    Must read×

    Top