KUIH JAGUNG NONA MANIS

In Makanan 24 views

KUIH JAGUNG NONA MANIS

BAHAN A

1 biji telur — di blender
1/2 cwn gula halus*
1/2 cwn santan kotak*
1/2 cwn air*
1 cwn tepung gandum*

CARA MEMBUATNYA

Tanda * campur semua, tapis dan campurkan telur yg diblend tadi dan ketepikan.

BAHAN B

70 gm jagung yg dihiris blend dgn 1/2 cwn air dan tapis (agaknya boleh lebih sikit jagung tu}
1/2 cwn santan kotak
1/8 cwn air
1/4 cwn gula
1/4 cwn tepung jagung
pewarna kuning sikit
1 sudu besar jagung yg di hiris nipis (boleh juga dilebihkan sikit lagi)

CARA MEMBUATNYA

Semua bahan ni dikacau.
Masak hingga pekat dan berkilat, tutup api dan masukkan bahan A kacau rata.

BAHAN C

1/2 cawan santan kotak
1/2 cawan air
1 sudu besar tepung gandum (11 gm) / jangan ratakan tepung dlm sudu
1/2 sudu teh garam

CARA MEMBUATNYA

Kacau hingga agak pekat, sejukkan dulu.

CARA MENYATUKAN BAHAN A,B DAN C

1.Penuhkan 3/4 cawan lompang dgn adunan kuning kemudian, picitkan adunan putih di tengahnya,buat hingga habis

2. kukus 8 ke 10 minit biarkan sejuk, boleh keluarkan dr acuan. Acuan sapu sikit minyak/shortening. Sedap ada rasa jagungnya dan bila tergigit hirisan jagung tu bertambah sedap.

Selamat mencuba.

Tags: #Jagung #Kuih #Manis #NONA

author
Author: 
    Serabai Serawa Durian
    Serabai Serawa Durian
    Serabai Serawa Durian Bahan-bahan250gm tepung beras150gm nasi
    Kaswi Durian
    Kaswi Durian
    Kaswi Durian By Kak Wan @ Resipicitarasawan Bahan-bahan300gm isi
    Sambal Kuinin
    Sambal Kuinin
    Sambal KuininBahan-bahan2 biji buah kuini setengah masak2
    RESEPI SAMBAL TOTOK #RRTS
    RESEPI SAMBAL TOTOK #RRTS
    RESEPI SAMBAL TOTOK #RRTS BAHAN-BAHAN ikan bilis

    Leave a reply "KUIH JAGUNG NONA MANIS"

    Must read×

    Top