Kesan Susu Dalam Mencantikan Kulit Kita

In Gaya Hidup 58 views

Susu dan Kecantikan Kulit

susu utk kecantikan dan pemutihan kulit

Kita sudah pun mengetahui tentang khasiat susu utk tubuh badan, namun susu juga

berkhasiat utk kulit.

Apakah jenis susu yg sesuai digunakan utk kulit?

Biasanya kita akan menggunakan susu lembu, tetapi ada juga pilihan-pilihan lain. Susu lembu

penuh lemak adalah baik tetapi susu kambing adalah yg terbaik. Hakikatnya susu kambing

mempunyai tahap pH yg hampir dgn tahap semula jadi kulit kita, jadi kulit boleh

menerimanya dgn baik. Susu beras, kacang soya dan badam juga sedemikian. Selain itu,

susu tepung juga boleh digunakan . Ia senang disimpan dan tak rosak dgn cepat.

Mari kita ikuti cara-cara utk mendapatkan kulit yg cantik dgn menggunakan susu.

1. Mandian susu

Tutup lubang air pd tab mandi . Isikan air panas dan tambah 3-11 liter susu ke dlm tab

mandi. Rendamkan badan anda di dlm susu selama 15-20 minit. Jika anda lakukan ini

setiap hari selama seminggu, kulit akan menjadi lebih cerah dan berseri. Pastikan anda

mandi dgn menggunakan air bersih selepas itu agar dapat menghilangkan baki susu pd

kulit. Mandian susu sememangnya berkhasiat utk menghidrat dan menambah keserian

kulit.

2. Buat Topeng Pembersih Muka

Campurkan 2 sudu besar susu dgn 1 atau 2 sudu teh madu, jus lemon , soda penaik atau

ketiga-tiganya. Bukakan satu pil vitamin E utk kuasa membersih tambahan. Kulit anda juga

perlukan vitamin E sbgmana badan juga memerlukannya. Sapukan pd kulit muka atau

bahagian badan yg lain . Biarkan topeng muka mengeras selama 10-15 minit . Kemudian , bilas

dengan air suam. Kulit anda akan menjadi lembut dan segar.

3. Buat Skrub Pengelupasan

Untuk menghilangkan lapisan atas kulit dan menampilkan diri anda yg baharu, gunalah

susu utk pengelupasan . Ambil 1 cawan susu dan 3 sudu besar mil oat dan sapu pd kulit.

Sental dgn lembut. Oat memberikan tekstur kasar sementara susu pula memberi khasiat.

Biarkan kering. Kemudian, bilas dgn air suam. Sental dgn lembut. Jika anda suka

menyediakan campuran ini terlebih dahulu, buatlah dgn menggunakan susu tepung dan

simpan di dlm peti sejuk. Anda juga boleh merendam ½ cawan badam di dlm susu

semalaman. Kemudian, pd waktu pagi, kisar menjadi pes dan sapu pd kulit, diikuti

dengan mengering dan membasuhnya.

4. Gunakan utk Mencerahkan Tompokan Hitam

Jika jus lemon dikatakan boleh mencerahkan kulit, asid laktik dlm susu juga begitu. Jika

anda mempunyai tompokan hitam pd kulit, ambil bola kapas , rendam dlm susu dan

sapukannya pd kawasan yg mempunyai tompok hitam. Biarkan mengering semalaman

dan kemudian basuh pd waktu pagi.

5. Gunakan sbg Penyegar

Anda boleh menggunakan susu sbg penyegar. Sapu susu pd muka dgn

menggunakan bola kapas yg telah dibasahkan dgn susu. Biarkan sekurang-kurangnya

15 minit . Bilas dgn bersih. Dengan penggunaan ulangan , ia akan menjadikan kulit anda

berseri secara semula jadi.

Walaupun susu dikatakan boleh mencerahkan kulit, namun jangan gunakan secara

berlebihan.

6. Gunakan utk Mengecilkan Pori-pori

Selain susu, produk tenusu yg lain juga berkhasiat utk kulit. Jika anda mahu

mengecilkan pori-pori , dapatkan krim masam atau susu mentega. Anda haruslah menyapu

satu lapisan nipis pd kulit dan biarkan selama 15-20 minit. Bilas dgn air suam dgn

bersih.

Tags: #Dalam #Kesan #Kita #Kulit #Mencantikan #Susu

author
Author: 
    Kepentingan dan Cara utk Memupuk Imej Tubuh yg Positif.
    Kepentingan dan Cara utk Memupuk Imej Tubuh yg Positif.
    Kita sering dihidangkan dgn kesempurnaan di media
    Kebaikan dan Manfaat Meditasi
    Kebaikan dan Manfaat Meditasi
    “Dalam meditasi, penyembuhan boleh berlaku. Bila minda
    Cara Makan Buah-Buahan yg Betul
    Cara Makan Buah-Buahan yg Betul
    Anda suka makan buah-buahan?  Tahukah anda cara
    4 Sebab Kenapa Bawang Putih Perlu Menjadi Rencah Wajib Dalam Hidangan
    4 Sebab Kenapa Bawang Putih Perlu Menjadi Rencah Wajib Dalam Hidangan
    Puas kita mencari pelbagai ubat-ubatan dan makanan

    Leave a reply "Kesan Susu Dalam Mencantikan Kulit Kita"

    Must read×

    Top