Kerajaan Umum Harga Siling Bahan Api Setiap Minggu

In Terkini 76 views
Kerajaan Umum Harga Siling Bahan Api Setiap Minggu

LARUT – Harga siling bahan api akan diumumkan setiap minggu mulai bulan depan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hamzah Zainuddin.

Beliau berkata ketetapan harga siling minyak itu mungkin akan diumumkan pd hari Isnin atau Sabtu setiap minggu berbanding ketika ini ia hanya dilakukan sebulan sekali.

Katanya kerajaan menetapkan harga bg mengelak bahan bakar tersebut melebihi harga yg sepatutnya di pasaran.

“Sebenarnya apa yg saya dan Menteri Kewangan Kedua (Datuk Seri Johari Abdul Ghani) lakukan adalah utk memastikan rakyat merasai sesuatu yg ditentukan oleh Persatuan Peniaga Petroleum Malaysia.

“Terpulang kpd syarikat minyak utk bekerjasama dgn persatuan dan memastikan bahawa tak ada sesiapa yg ketinggalan drpada konsep yg kita hendak tetapkan ini,” katanya.

Hamzah yg juga anggota Parlimen Larut bercakap kpd pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Bagan Bharu di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Hamzah berkata papan tanda harga siling bahan bakar akan diletakkan di semua stesen minyak di seluruh negara supaya pengguna dapat mengetahui sama ada ia meningkat atau menurun.

“Bila kita letak harga siling, terpulanglah kpd stesen minyak sama ada nak menurunkan harga atau bagaimana cara dia nak kempen supaya orang datang ke stesen minyak mereka termasuk menawarkan inisiatif,” katanya. – Bernama

Tags: #Bahan #Harga #Kerajaan #Minggu #Setiap #Siling #Umum

author
Author: 
    Drama Monalisa (Astro Prima)
    Drama Monalisa (Astro Prima)
    Nantikan drama bersiri Mona Lisa adaptasi drpada
    Sinopsis Drama Mandatori
    Sinopsis Drama Mandatori
    Tajuk : Mandatori Mula Tayangan : 14
    Drama Tiada Arah Jodoh Kita (TV3)
    Drama Tiada Arah Jodoh Kita (TV3)
    Nantikan drama adapatasi novel Tiada Arah Jodoh
    Drama Isteri Untuk Diiktiraf
    Drama Isteri Untuk Diiktiraf
    Nantikan drama bersiri Isteri Untuk Diiktiraf adaptasi

    Leave a reply "Kerajaan Umum Harga Siling Bahan Api Setiap Minggu"

    Must read×

    Top