Kerabu Buah Beka

In Makanan 31 views

Kerabu Buah Beka

Bahan-bahan
1 biji buah beka
1 ekor ikan kembung – bakar ambil isinya
1 cawan kelapa parut, goreng hingga perang
5 sudu besar santan pekat atau santan kotak (panaskan dahulu)
2 sudu kecil lada hitam
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
2 biji limau nipis
1 sudu besar budu
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Hiris
3 tangkai daun kesum
2 ulas bawang merah

Cara-cara :

  1. Buang bahagian tepi kulit beka dan hiris nipis-nipis,  Kemudian celur sebentar hingga kulitnya menjadi lembut.
  2. Toskan dan masukkan ke dlm bekas besar bersama hirisan daun kesum dan bawang hiris.
  3. Tumbuk lada hitam hingga hancur, masukkan bawang merah, bawang putih, gula dan garam,  tumbuk lagi hingga lumat,
  4. Masukkan kelapa goreng dan tumbuk hingga kelapa hancur.
  5. Akhir sekali, masukkan isi ikan, tumbuk ringan dan gaul rata.
  6. Masukkan ke dlm bekas berisi buah beka dan gaul rata.
  7. Masukkan santan pekat, perasakan dgn budu dan perahan jus limau.  Tambah garam dan gula jika perlu. Rasa manis, masin dan masam secukupnya.
  8. Jika suka pedas, boleh tambahkan hirisan cili padi.

Cara Bakar :
Layur buah beka di atas api hingga kulitnya mengerutu.  Kemudian kikis sedikit kulit yg terbakar.
Hiris nipis-nipis dan gaul bersama bahan tumbuk, bahan hiris, santan dan bahan perasa.

Kerabu Buah Beka

Loading...

Tags: #Beka #BUAH #Kerabu

author
Author: 
    Roti John
    Roti John
    Roti John Bahan Inti Daging atau Ayam2
    Dendeng Daging
    Dendeng Daging
    Dendeng DagingBahan-bahan1 kilo daging lembu dipotong ketulan
    Penne Pasta Marinara
    Penne Pasta Marinara
    Penne Pasta MarinaraBahan-bahan300 g penne pastaSedikit garam100
    Satay Uyghur
    Satay Uyghur
    Satay Uyghur Bahan-bahan1kg daging (bahagian yg berlemak)1/2

    Leave a reply "Kerabu Buah Beka"

    Must read×

    Top