Kepentingan dan Cara utk Memupuk Imej Tubuh yg Positif.

In Gaya Hidup 76 views
Kepentingan dan cara utk memupuk imej tubuh yg positif

Kita sering dihidangkan dgn kesempurnaan di media sosial ataupun media massa.

Kesempurnaan yg dimaksudkan di sini adalah dr segi kekayaan dan bentuk tubuh

badan. Lihatlah di mana-mana media sosial spt Instagram, Facebook dan sbgnya,

seringkali terpampang status di wall yg menunjukkan kekayaan seseorang dan

kecantikan tubuh badan mereka. Tidak dinafikan pengaruh ini membawa akibat positif

dan negatif terhadap bagaimana kita melihat imej tubuh badan kita. Oleh yg demikian

pentingnya kita membina sikap positif terhadap tubuh badan utk kepuasan diri sendiri.


Apa definisi tubuh yg cantik bg lelaki dan wanita? Mungkin lelaki mengatakan

definisi tubuh yg berotot, kekar dan tinggi menjadi pilihan, bg wanita pula tubuh

yang slim atau berbentuk ‘hourglass’ yg menjadi pilihan. Tetapi jikalau seseorang itu

tidak mempunyai bentuk tubuh badan mengikut definisi tersebut, adakah mereka patut

membenci diri sendiri? Adakah patut mereka berasa rendah diri lantas mengasingkan diri?

Malangnya ramai yg memilih utk membenci diri, dan hanya segelintir yg yakin

dengan diri. Mulai saat ini, latih diri utk merasa yakin dgn bentuk tubuh

masing-masing kerana semua jenis tubuh sama ada kurus atau gemuk adalah satu

anugerah dan kepelbagaian yg membuatkan seseorang unik. Saya bg satu contoh, jika

semua orang di dunia ini mempunyai bentuk tubuh yg sama; misalnya kurus. Tidakkah

anda berasa bosan melihat semua manusia mempunyai figure yg sama? Bukankah

fitrah manusia suka pd benda yg unik? Keunikan ini yg membezakan diri kita

dengan orang lain, dan keunikan juga yg membuatkan kita dikenali oleh masyarakat.

Jadi apa yg membuatkan kita merasa negatif tentang bentuk tubuh? 

Jawapannya ialah ego. Manusia suka merasa lebih hebat, lebih kacak, atau lebih pandai

dari orang lain.

Manusia suka bila orang lain mengakui kehebatannya, kecantikannya dan sbgnya.

Hal ini kerana, pujian-pujian yg datang akan membuatkan dia lebih yakin dgn diri,

tetapi apa akan jadi bila dia dihina? Rasa marah dan rendah diri akan timbul pd diri, dia

akan merasa diri tak bernilai di mata masyarakat. Kebergantungan manusia terhadap

pujian orang lain demi utk meningkatkan keyakinan diri adalah palsu semata-mata.

Orang lain tak berhak utk utk menentukan bagaimana sepatutnya diri kita perlu

jadi.

Jadi bagaimana hendak meningkatkan keyakinan dan sikap positif terhadap tubuh badan?

Mula-mula sekali buang konsep cantik itu kurus, atau cantik itu putih. Sebenarnya tak

perlu kurus utk cantik kerana konsep cantik itu kurus tak wujud. Buktinya, wanita

gemuk juga berkahwin, lelaki gemuk juga berkahwin. Bak kata pepatah Inggeris, ‘beauty

lies in the eyes of the beholder.’ kecantikan itu subjektif; ada orang yg minat kpd

wanita berbadan gempal, ada yg minat dgn lelaki atau wanita yg berkulit perang

ataupun hitam. Oleh itu, buang konsep kurus itu cantik, dan putih itu cantik utk

bahagia.


Terlalu memikirkan apa yg orang lain fikir tentang kita adalah satu perbuatan yg

sia-sia. Tidak salah utk menjaga badan demi kesihatan. Tetapi jika kita membeli produk

kecantikan dan kesihatan semata-mata utk dipuji oleh orang lain; nilai diri tak akan

terbina. Usaha yg kita buat selama ini hanyalah membina ego setinggi gunung Everest,

jika pandangan orang tak spt jangkaan kita; ego yg dibina tadi hancur berkecai

seperti pasir. Oleh itu, penting membina imej positif tubuh badan bermula dr diri utk

kekal cantik dan bahagia menurut definisi sendiri, dan bukan dr pengaruh orang lain.

Tags: #Cara #Imej #Kepentingan #Memupuk #Positif. #Tubuh

author
Author: 
    Kebaikan dan Manfaat Meditasi
    Kebaikan dan Manfaat Meditasi
    “Dalam meditasi, penyembuhan boleh berlaku. Bila minda
    Cara Makan Buah-Buahan yg Betul
    Cara Makan Buah-Buahan yg Betul
    Anda suka makan buah-buahan?  Tahukah anda cara
    4 Sebab Kenapa Bawang Putih Perlu Menjadi Rencah Wajib Dalam Hidangan
    4 Sebab Kenapa Bawang Putih Perlu Menjadi Rencah Wajib Dalam Hidangan
    Puas kita mencari pelbagai ubat-ubatan dan makanan
    Zat Makanan yg Penting utk Mata yg Sihat
    Zat Makanan yg Penting utk Mata yg Sihat
    Zat Makanan yg Penting utk Mata yg

    Leave a reply "Kepentingan dan Cara utk Memupuk Imej Tubuh yg Positif."

    Must read×

    Top