Kek Oren / Orange Cake

In Makanan 67 views


Kek Oren / Orange Cake

Bahan-bahan
250 gm mentega tawar (unsalted)
1 cawan gula kaster
3 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil baking soda
4 biji telur grade A
1 sudu besar jus oren sunquick / orange emulco
4 sudu besar susu cair / yogurt
1/2 cawan perahan jus oren

Loyang Bundt 10in – di gris mentega

Penyediaan :

  1. Ayak tepung, baking powder, baking soda dan garam.  Ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula hingga kembang dan putih.
  3. Masukkan telur satu persatu dan putar hingga sebati.
  4. Perlahankan mixer, masukkan oren emulco / oren sunquick.
  5. Satukan susu cair dan perahan jus oren.
  6. Kemudian masukkan tepung berselang seli dgn bancuhan susu sedikit demi sedikit hingga rata dan sebati.
  7. Ratakan adunan ke dlm loyang, hentak ringan supaya rata.
  8. Bakar di dlm oven yg di panaskan dahulu pd suhu 175C selama 40-45 minit.
  9. Cucuk kek dgn lidi, jika licin bolehlah di angkat.
  10. Biarkan kek sejuk dahulu sebelum di paip glaze dan di hias.

Glaze
1 cawan gula aising
1 sudu besar perahan jus oren
1 sudu besar susu cair

Hiasan :  Parutan kulit oren

Sebatikan semua bahan glaze hingga mendapat kepekatan yg sesuai.  Jika pekat tambahkan sedikit lagi jus oren atau susu cair.  Paipkan ke atas kek dan tabur parutan kulit oren.

Kek Oren / Orange Cake

Carian Berkaitan

https://www truepix xyz/kek-oren-orange-cake/

Loading...

Tags: #Cake #Orange #Oren

author
Author: 
    Swedish Meatball Ala Ikea
    Swedish Meatball Ala Ikea
    Swedish Meatball Ala IkeaBahan-bahan500 gm daging lembu
    Sup Udang Brocoli
    Sup Udang Brocoli
    Sup Udang BrocoliBahan-bahan3 ulas bawang merah –
    Nasi Tomyam Seafood Philips PPC HD2317
    Nasi Tomyam Seafood Philips PPC HD2317
    Nasi Tomyam Seafood Philips PPC HD2317By Kak
    Rainbow Checkeredboard Cake
    Rainbow Checkeredboard Cake
    Rainbow Checkeredboard CakeBy Kak Wan @ Resipicitarasawan Bahan-bahan430gm

    Leave a reply "Kek Oren / Orange Cake"

    Must read×

    Top