Kek Gula Hangus / Honeycomb Cake

In Makanan 74 views


Kek Gula Hangus / Honeycomb Cake

‬Bahan Gula Hangus
1 1/2 cawan gula pasir
2 cawan air panas
3 sudu besar mentega
1/4 sudu teh garam

Cara Membuat Gula Hangus

  1. Masak gula di dlm periuk / kuali tebal hingga keperangan atau keemasan.dengan api sederhana. Goyangkan periuk kiri kanan supaya gula mencair dgn sekata, tak perlu mengacaunya dgn sudip.
  2. Tutup api dapur, kemudian, tuangkan air panas dr bahagian tepi periuk supaya air gula tak terpecik atau membuak keluar.
  3. Buka api kecil, teruskan mengacau hingga gula larut.
  4. Tutup api dapur dan masukkan mentega. Kacau hingga mentega cair. Biarkan gula hangus betul-betul sejuk sebelum digunakan supaya kek tak menjadi bantat.

Bahan Kek :
7 biji telur gred A
2 cawan tepung gandum- ayak
1/2 tin susu pekat
2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla

Loyang 7 atau 8in, gris dan alas dasarnya dgn kertas minyak

Cara-cara :

  1. Panaskan oven 170°C selama 10 minit.
  2. Pukul telur hingga kembang.  Masukkan susu pekat dan putar lagi.
  3. Masukkan esen vanila dan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dgn gula hangus.
  4. Putar sebati. Adunannya agak cair.  Perap selama 2 jam atau lebih.
  5. Tapis adunan ke dlm loyang dan bakar di rak bawah selama 1 jam (50 minit api bawah dan 10 minit api atas) suhu 170°C bergantung pd oven masing2.

**Untuk dapat potongan yg cantik berlubang, potong melintang bahagian tengah kek bukan potong secara menegak, kemudian tengok urat kek.

Kek Gula Hangus / Honeycomb Cake

Loading...

Tags: #Cake #Gula #Hangus #Honeycomb

author
Author: 
    Swedish Meatball Ala Ikea
    Swedish Meatball Ala Ikea
    Swedish Meatball Ala IkeaBahan-bahan500 gm daging lembu
    Sup Udang Brocoli
    Sup Udang Brocoli
    Sup Udang BrocoliBahan-bahan3 ulas bawang merah –
    Nasi Tomyam Seafood Philips PPC HD2317
    Nasi Tomyam Seafood Philips PPC HD2317
    Nasi Tomyam Seafood Philips PPC HD2317By Kak
    Rainbow Checkeredboard Cake
    Rainbow Checkeredboard Cake
    Rainbow Checkeredboard CakeBy Kak Wan @ Resipicitarasawan Bahan-bahan430gm

    Leave a reply "Kek Gula Hangus / Honeycomb Cake"

    Must read×

    Top