Kebaikan dan Manfaat Meditasi

In Gaya Hidup 74 views

“Dalam meditasi, penyembuhan boleh berlaku. Bila minda dlm keadaan tenang, sedar

dan benar-benar damai, maka akan terpancar cahaya yg berkuasa spt pancaran laser

yang menyembuhkan.” Ravi Shankar. Itu menurut apa yg dikatakan oleh Ravi yg

menyatakan bahawa dgn mengamalkan meditasi dgn betul dan konsisten akan

memberi kesembuhan fizikal dan mental.

Minda dan tubuh sangat berkait rapat antara satu sama lain. Apabila kita sentiasa

memikirkan benda-benda negatif, maka tenaga negatif yg sering bermain-main di

minda akan terpancar ke seluruh badan, lalu menjadikan kita seorang yg lemah dan

akan mudah dijangkiti penyakit. Dari segi fizikal, jika seseorang itu sentiasa marah, maka

penyakit darah tinggi akan mudah datang pdnya, ataupun jika seseorang itu sangat

stress bila menghadapi peperiksaan, maka penyakit demam, selsema dan batuk akan

senang dihidapinya. Meditasi melatih diri kita utk bertenang, meningkatkan kesedaran

dan sumber kekuatan dlman. Oleh itu, ketenangan dlm meditasi dapat mencetuskan

tenaga positif ke seluruh tubuh badan kerana dlm meditasi, seseorang itu mampu

mengawal mindanya drpada memikiran benda yg tak elok dan memudharatkan.

Disekeliling kita adanya kewujudan tenaga hidup yg dikenali sbg prana. Tenaga

hidup ini penting utk kesihatan badan secara keseluruhan. Kebiasaannya orang yg

mengamalkan taichi mempunyai tubuh yg sihat dan positif kerana pergerakan dan

pernafasan taichi itu sendiri dapat menyedut tenaga positif ini ke dlm badan seterusnya

dapat menyembuhkan. Sebab itulah ramai golongan tua kaum Cina mengamalkan taichi

kerana mereka percaya bahawa kaedah menarik tenaga Qi dgn taichi adalah satu

alternatif utk penyembuhan. Meditasi juga mempunyai konsep yg sama, iaitu

menarik tenaga hidup yg dikenali sbg prana, namun meditasi lebih kpd keadaan

diam dan tak bergerak dgn pernafasan yg terkawal. Dalam meditasi, tubuh badan

yang dlm keadaan duduk diam akan memberi ketenangan kpd minda, dan minda

yang tenang akan membuatkan tubuh badan berada dlm keadaan diam. Mengelirukan

bukan? Maksudnya di sini, bila minda tak menerawang dan sentiasa dlm ketenangan,

maka mudah utk seseorang itu diam dlm meditasi dan tak bergerak. Aspek ini

sangat penting agar pernafasan dapat dikawal justeru dapat meningkatkan kualiti

penarikan tenaga hidup (prana).

Meditasi juga mempercepatkan penyembuhan badan tanpa komplikasi. 

Pernafasan dlm meditasi bukan sekadar pernafasan biasa; iaitu menyedut oksigen

untuk hidup. Dalam meditasi, teknik pernafasan yg betul mampu menyembuhkan segala

sel dlm badan, membuang segala emosi negatif dan juga memberikan kelegaan pd tubuh dan

minda. Seringkali kita berfikir bahawa tiap kali seseorang itu sakit, maka seseorang itu harus

mengambil ubat. Tidak dinafikan bahawa pengambilan ubat juga penting, namun begitu

kekerapan mengambil ubat-ubatan juga akan menyebabkan implikasi spt kerosakan

buah pinggang jika diambil dlm tempoh yg lama. Bukan semua penyakit perlukan

ubat dlm bentuk pil utk sembuh. Meditasi juga ‘ubat’ utk menyembuhkan tubuh.

Oleh kerana kesihatan mempunyai kaitan dgn minda dan tubuh. Maka meditasi

memperbaiki keadaan minda lantas mempengaruhi keadaaan tubuh fizikal. Harus diingat

bahawa minda yg sihat akan menjadikan tubuh badan sihat. Oleh itu, meditasi adalah

penyembuhan alternatif dan holistik serta tak memudharatkan.

Kesimpulannya, meditasi mempunyai potensi yg baik dlm penyembuhan. Di zaman

yang serba moden ini, adalah baik kiranya kita memanfaatkan meditasi ini dan

mengamalkannya setiap hari.

Tags: #Kebaikan #Manfaat #Meditasi

author
Author: 
    Kepentingan dan Cara utk Memupuk Imej Tubuh yg Positif.
    Kepentingan dan Cara utk Memupuk Imej Tubuh yg Positif.
    Kita sering dihidangkan dgn kesempurnaan di media
    Cara Makan Buah-Buahan yg Betul
    Cara Makan Buah-Buahan yg Betul
    Anda suka makan buah-buahan?  Tahukah anda cara
    4 Sebab Kenapa Bawang Putih Perlu Menjadi Rencah Wajib Dalam Hidangan
    4 Sebab Kenapa Bawang Putih Perlu Menjadi Rencah Wajib Dalam Hidangan
    Puas kita mencari pelbagai ubat-ubatan dan makanan
    Zat Makanan yg Penting utk Mata yg Sihat
    Zat Makanan yg Penting utk Mata yg Sihat
    Zat Makanan yg Penting utk Mata yg

    Leave a reply "Kebaikan dan Manfaat Meditasi"

    Must read×

    Top