Jep sedia terima Sari Yanti sbg isteri

In Terkini 50 views
Jep, 32, bersedia menerima Sari Yanti sbg teman hidup andai wanita itulah yg ditakdirkan sbg jodohnya. 

Begitupun, kata anggota kumpulan Sepahtu itu, beliau dan aktres berkenaan buat waktu ini lebih selesa meletakkan hubungan mesra antara mereka sbg teman baik. “Buat masa ini, apa yg boleh saya katakan kami selesa bersama. Begitupun utk mengatakan kami sering berjumpa tak boleh juga. 

Masing-masing bekerja spt biasa, namun begitu kami kerap juga berbalas mesej menerusi WhatsApp. “Apa yg penting, buat masa ini kami tiada sebarang komitmen. Cuma setakat ini, semuanya adalah menyenangkan dan tak ada yg memeningkan kepala. “Dalam berkawan, saya mengharapkan sesuatu yg baik. Kalau betul dia (Sari Yanti) jodoh saya, tentunya saya mampu mengaminkan saja,”

Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin turut berkata, beliau tak mempunyai masalah andai jodoh dirinya sampai cepat atau lambat. 

“Meskipun begitu, saya tetap berharap dapat mengakhiri zaman bujang sebelum ibu bapa saya menutup mata. “

Biarpun keluarga tak bertegas dlm soal perkahwinan, namun ibu ada berkata, dirinya teringin utk melihat saya mendirikan rumah tangga ketika hayatnya masih ada,” katanya. 

Bercerita soal kerjaya, Jep kini dapat disaksikan menerusi program bual bicara Meja Bulat selepas rancangan lawak, Sepahtu Reunion Live, berakhir Jumaat lalu. Beliau dan teman sekumpulannya juga kini dlm perancangan menerbitkan filem komedi mereka sendiri.

Tags: #Isteri #Sari #sedia #terima #Yanti

author
Author: 
    Drama My Coffee Prince Lakonan : Fattah Amin, Janna Nick, Fahrin Ahmad,
    Drama My Coffee Prince Lakonan : Fattah Amin, Janna Nick, Fahrin Ahmad,
    Nantikan adaptasi drama popular Korea Selatan bertajuk
    Kesempatan Kedua (TV3)
    Kesempatan Kedua (TV3)
    Saksikan telefilem Kesempatan Kedua lakonan Kaka Azraff,
    Sinopsis Drama Kisah Yang Hilang
    Sinopsis Drama Kisah Yang Hilang
    Tajuk : Kisah Yang Hilang Mula Tayangan
    Sinopsis Telemovie Psikosis
    Sinopsis Telemovie Psikosis
    Tajuk : Psikosis Tarikh : 18 November

    Leave a reply "Jep sedia terima Sari Yanti sbg isteri"

    Must read×

    Top