Insurans Bakal Naik Mulai 1 Julai Ini?

In Terkini 106 views
KINI, Bank Negara Malaysia (BNM) dilaporkan akan melaksanakan langkah liberalisasi tarif insurans motor. Menurut agensi berita nasional Bernama, ia akan melibatkan pengenalan penetapan harga fleksibel utk produk insurans kenderaan komprehensif dan insurans kebakaran dan kecurian kenderaan yg akan mula dikuat kuasakan pd 1 Julai, 2017 ini. Walaupun begitu, premium bg produk motor pihak ketiga (3rd party) akan terus tertakluk kpd kadar tarif.

                 Insurans Bakal Naik Mulai 1 Julai Ini?

Berkuatkuasa 1 julai ini jumlah premium yg perlu dibayar akan mengambilkira bukan hanya nilai kenderaan dan kapasiti enjin, tetapi juga akan mengambil kira banyak faktor risiko lain spt umur kenderaan dan juga umur pemandu serta ciri ciri keselamatan kenderaan, lokasi geografi malahan juga kesalahan lalulintas yg pernah dilakukan pemandu. Kesemua ini akan menentukan profil risiko pemegang polisi bg menentukan jumlah premium.

Dalam erti kata lain, semakin tinggi risiko kemalangan anda, semakin banyaklah yg perlu dibayar utk premium insurans.

Impak akhir mungkin hanya akan dapat dilihat setelah pengenalannya kelak, namun begitu mungkin boleh dijangkakan bahawa golongan yg paling terkesan adalah mereka yg memiliki kenderaan yg lebih berusia atau yg tak memiliki ciri ciri keselamatan pasif spt penggera kecurian, sistem brek ABS and juga kawalan cengkaman ECS contohnya. Mungkin kategori ini perlu diperhalusi dan ditawarkan pakej khusus demi kepentingan awam.

Apapun diharapkan perlaksanaan liberisasi ini akan diteliti sehalus halusnya oleh penanggung insurans dan pengendali takaful begi menjaga kepentingan umum tanpa melihat hanya pd margin keuntungan sahaja.


Carian Berkaitan

insurans 1 julai, tarif insuran naik julai 2017

Loading...

Tags: #Bakal #Insurans #Julai #Mulai #Naik

author
Author: 
    Sinopsis Drama Mr London Ms Langkawi
    Sinopsis Drama Mr London Ms Langkawi
    Tajuk : Mr London Ms Langkawi Mula
    Telemovie Cinta Bersegi Segi Lakonan Mawar Rashid, Nazirul Mubin
    Telemovie Cinta Bersegi Segi Lakonan Mawar Rashid, Nazirul Mubin
    Saksikan telefilem Cinta Bersegi-Segi arahan Shuhaimi Lua.
    OST Drama Red Velvet
    OST Drama Red Velvet
    Dengarkan lagu tema drama Red Velvet berjudul
    Cinta Bersegi-Segi (TV9)
    Cinta Bersegi-Segi (TV9)
    Saksikan telefilem Cinta Bersegi-Segi arahan Shuhaimi Lua.

    Leave a reply "Insurans Bakal Naik Mulai 1 Julai Ini?"

    Must read×

    Top