Honda Wave 125i Terbaharu Bermula RM6,263.54

In Terkini 110 views
TERKINI, Honda Wave 125i baharu telah dilancarkan hari ini. Model terkini dr Boon Siew Honda (BSH) ini disertai dgn slogan “A Class of Your Own” ataupun “Dalam kelasnya yg tersendiri” bg membezakan keunggulan Honda Wave 125i baharu berbanding dgn motosikal yg lain dlm kategori yg sama.

                        Honda Wave 125i Terbaharu Bermula RM6,263.54

Wave 125i baharu disertai ciri ciri premium spt keselesaan dan kecekapan bahan api. Rekaan luaran Honda Wave 125i Baharu ini direka agar tampak lebih menarik dan menampilkan tunggangan yg lebih ranggi. Ia dilengkapi panel meter premium yg memaparkan gaya terkini dgn susun atur strategik dan pencahayaan yg cerah memudahkan pembacaan samada diwaktu siang atau malam.

Jentera underbone ini enjin 124.9cc sejukan udara dgn Suntikan Bahan Api Terancang (Programmed Fuel Injection – PGM-Fi) bg meningkatkan kecekapan penggunaan bahan api. Tangki bahan apinya yg sebesar  5.4Liter merupakan yg terbesar di antara motosikal dlm kategori sama bg embolehkan capaian jarak perjalanan sejauh hampir 300KM* perjalanan bg satu tangki penuh. Wave 125i baharu ini diiktiraf sbg Kenderaan Cekap Tenaga (Energy Efficient Vehicle – EEV) oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

                          Honda Wave 125i Terbaharu Bermula RM6,263.54

Wave baharu ini juga satu-satunya Kapcai dlm pasaran Malaysia yg dibina dgn kebuk-U 18 liter bg membolehkan penyimpanan barang peribadi. Kebuk-U ini mampu menampung sebuah topi keledar penuh muka (full-faced) di bawah tempat duduknya yg besar utk menjamin keselesaan penunggang semasa perjalanan jauh.

Wave 125i Baharu ini ditawarkan dlm tiga warna premium: Merah ‘Candy’ (Candy Scintillate Red, Biru Mutiara (Pearl Nightfall Blue), dan Kelabu Metalik (Sword Silver Metallic). Ia didatangkan dlm dua varian iaitu dgn Brek Cakera Tunggal ataupun Dwi Brek Cakera, masing-masing pd harga yg disyorkan bermula drpada RM6,263.54 dan RM6,549.74 termasuk GST tak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan Wave Dash Fi 2017, sila layari www.boonsiewhonda.com.my atau laman Facebook mereka di www.facebook.com/HondaMotorcyclesMalaysiaBoonSiewHonda.   


Loading...

Tags: #125i #Bermula #Honda #RM6263.54 #Terbaharu #Wave

author
Author: 
    Aku Mahu Hidup (TV9)
    Aku Mahu Hidup (TV9)
    Saksikan telefilem Aku Mahu Hidup arahan Raja
    Sinopsis Telemovie Dosa Perempuan
    Sinopsis Telemovie Dosa Perempuan
    Tajuk : Dosa Perempuan Tarikh : 23
    Sinopsis Telemovie Nur 3 Pagi
    Sinopsis Telemovie Nur 3 Pagi
    Tajuk : Nur 3 Pagi Tarikh :
    Sinopsis Telemovie Janji Allah
    Sinopsis Telemovie Janji Allah
    Tajuk : Janji Allah Tarikh : 22

    Leave a reply "Honda Wave 125i Terbaharu Bermula RM6,263.54"

    Must read×

    Top